28 March 2011

Petua Dari Dapur....PART 2

Atasi sinki tersumbat

sinks

Ambil segenggam garam kasar dan letakkan di lubang sinki…gunakan air yang sedang mendidih dan tuangkan ke dalam sinki tersebut…Insyallah sinki tidak akan tersumbat lagi

Hilangkan kesan kunyit pada pengisar



Blender small

Gunakan 3-4 titis peluntur ke dalam pengisar…kemudian gosok pengisar dengan hampas kelapa atau kulit limau…insyallah hasil yang diperolehi amat memuaskan..

Peti sejuk dan kipas syiling bersih berkilat

Ceiling Fan

Ambil sedikit ubat gigi…sapukan pada bahagian yang mahu dibersihkan dengan menggunakan kain…kesanya pasti memuaskan…

Bawang jauhi semut

Ants in the sugar dispenser

Semut suka berkerumun di dalam bekas gula…bagi mengatasi masalah tersebut…masukan bawang merah bersama bunga cengkih di dalam bekas gula yang kedap udara…hasilnya pasti memuaskan.

Menghalau lalat

fly on my food

Ambil beberapa tangkai daun kari dan letakkan di atas meja makan atau kawasan yang sering menjadi tumpuan lalat…insyallah masalah ini akan dapat di atasi….

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN

1 comment:

  1. tq bg tips sinki tersumbat...blk ni blh cuba coz singki saya tersumbat

    ReplyDelete

Terima Kasih lah memberi KOMEN..insyallah yg baik akan di jadi panduan