11 March 2011

Operasi Kemas Mengemas

AJK Kelab Staf yang baru untuk tahun 2011 telah pun ada...so hari ni adalah tugasan pertama mereka iaitu....KEMAS DAN SUSUN SEMULA BILIK GURU.....hehehe kemas lagi bilik gurukan...tahun lepas dah 3 kali kemas...tahun ni kemas balik....apa nak buat arahan pengetua....our BIG BOSS.....

Hari ni last sekolah...so ramailah yang tak datang coz exam dah abis semalam....tapi ada jugak pelajar yang rajin dtg juga sekolah hari ni walaupun hujan pagi tadi....so untuk memudahkan guru-guru mengemas meja masing-masing....Cikgu Aniza telah sudi meminjamkan pelajar nya untuk menolong mengemas di bilik guru....kalau lah tak ada budak2 ni yang tolong sure patah pinggang cikgu kan...almaklumlah guru-guru SMKBS semuanya muda2 belaka......

guru-guru tengah memastikan barang masing-masing tak hilang

cikgu ashiza tgh memantau pelajar lelaki menolak meja-meja guru

Cikgu Norezan...tgh buat pe tu...kemas fail ke?

Cikgu masani dan Cikgu Faoziah...tgh kemas meja masing-masing

Adakah tiap-tiap tahun bilik guru akan dikemaskan...adoi...penatlah mcm ni...meja pun boleh roboh kalau macam tu....apa sal kena susun balik bilik guru...sebab pengetua nak asingkan guru pagi dan guru petang untuk penjimatan elektrik.....so nak tak nak kenalah ikutkan...

Ada juga guru yang tidak setuju...tapi dah nama pun arahan pengetua...so ikut je dulu...kita cuba...betul tak....kita kena think positif...dan sebenarnya ada pro and con penyusunan macam tu...tak taulah kot kawan2 yang lain tak setju gak....

Tq pada Cikgu Norezan dan Cikgu Faoziah kerana membelanja budak-budak yang tolong mengemas ni makan dan minum...syok budak-budak ni bila cikgu belanja...oklah tu dapat mkn nasi goreng+air oren+buah-buahan...kenyang sungguh...

Apa pun isnin 21/3/11 ni kita akan merasai suasana baru BILIK GURU...harap2 semua suka and bagilah sokongan pada Pengerusi Kelab Staf yang baru ya...good job Cikgu Zaidad

1 comment:

Terima Kasih lah memberi KOMEN..insyallah yg baik akan di jadi panduan