This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

28 March 2011

Petua Dari Dapur....PART 2

Atasi sinki tersumbat

sinks

Ambil segenggam garam kasar dan letakkan di lubang sinki…gunakan air yang sedang mendidih dan tuangkan ke dalam sinki tersebut…Insyallah sinki tidak akan tersumbat lagi

Hilangkan kesan kunyit pada pengisar



Blender small

Gunakan 3-4 titis peluntur ke dalam pengisar…kemudian gosok pengisar dengan hampas kelapa atau kulit limau…insyallah hasil yang diperolehi amat memuaskan..

Peti sejuk dan kipas syiling bersih berkilat

Ceiling Fan

Ambil sedikit ubat gigi…sapukan pada bahagian yang mahu dibersihkan dengan menggunakan kain…kesanya pasti memuaskan…

Bawang jauhi semut

Ants in the sugar dispenser

Semut suka berkerumun di dalam bekas gula…bagi mengatasi masalah tersebut…masukan bawang merah bersama bunga cengkih di dalam bekas gula yang kedap udara…hasilnya pasti memuaskan.

Menghalau lalat

fly on my food

Ambil beberapa tangkai daun kari dan letakkan di atas meja makan atau kawasan yang sering menjadi tumpuan lalat…insyallah masalah ini akan dapat di atasi….

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN

18 March 2011

Class Red Valvet Cup Cake

Seronoknya bila dapat belajar buat cup cake red valvet.....tq tu kak zaidad...dia lah cikgu yang mengajar membuat cup cake red valvet ni.....rasa janganlah cakap.......sedapnya.....bukanya susah sangat cuma nak dan tak nak buat je.....so tak boringlah cuti kali ni...syok betul....

cup cake yang baru keluar dari oven....

tengah tunggu sejuk sebelum letak cream atasnya

tu dia kak fao telah mencuba mendeco cup cake tu....kreatif gak kakak aku ni

susah rupanya nak pipe cream atas tu ya....so sesapa yg suka mengcomplain deco cream tu tak cantik...silalah anda membuatnya sendiri

ha yang 4 cup cake yg depan tu...lyn yang buat....huduh sungguh...tapi bila masuk perut dah tak nampak ada dah....betul tak....

tuan rumah dengan baik hati nya telah membancuh kopi dari sweeden....buatlah pulak kopi susu...sedapnya...mknlah pulak cup cake red valvet....adusss tak leh cakap dah...

apa pun tq kepada puan rumah...cikgu zaidad...kerana sudi meminjamkan rumah anda...untuk mengajar membuat cup cake yang sedap ni...ikutkan nak buat scone...tapi masa tak cukup...coz dah nak kul 6 kan....so aktiviti membuat scone akan di pinda ke hari lain....apa pun syok gak bila berkumpul begini....walaupun anak muridnya hanyalah 2 orang...tapi memang best.....

p/s:jangan lupa aktiviti membuat nasi safron kita ya...bunyi pun dah sedap...rasa sure menjilat jari....

15 March 2011

Bersuka ria Times Square Theme Park

Apa nak buat cuti seminggu ni ya...kesian kat anak-anak asyik dok rumah je...daddy sibuk kerja dan assignment dia...tak leh ganggu....asalnya mama pun tak tau nak pergi Times Square ni...tapi alhamdulillah ada marshal(ala-ala papago n garmin)...so dialah yang menunjuk jalan......akhirnya sampai jugak time square ni....dah jadi sama mcm bibik first time jejak time square.....

Sampai je tak ramai orang lagi...dah cecah pukul 12 dah mula ramai orang....tapi so sad sebab permainan budak-budak tak banyak...tak sampai sepuluh permainan pun...rasanya kat genting banyak kot....apa-apa pun anak-anak mama tetap enjoy....JOM layan gambar jelah ya.....tak banyak sebab daddy tak de so lyn lah kena ambik gambar dan urus budak......

pegang kuat-kuat ya kakak....aqeef dah tak mau main tak apa sal

insyirah naik molly cool's swing sorang-sorang...berani kan anak mama

irdina pun nak join gak...celik je mata dia

crazy bus...yang aqeef mula2 tak nak naik...selepas dipujuk oleh bibik baru nak naik

kakak yang sentiasa nak mencuba...bagus kakak

aqeef naik flying bumble bee...


insyirah stady dgn bumble bee dia.....

aqeef main bumper car...mula-mula tak reti nak pusing handle...tu yang asyik pandang kakak dia je..bila dah tau...dua pusingan dia ajak main

kakak mcm dah terror je main bumper car.....good kakak

irdina naik buddy go round....sukanya dia

aqeef dgn dragon nya....pusinggggggg




insyirah tetap enjoy....pusing-pusing ya kakak


Anak-anak mama tetap seronok kan...lain kali kita pergi lagi ya....walaupun aqeef buat hal tak mau main bila dah hujung-hujung tu...asyik ajak balik je dia...tapi bila dipujuk dgn aiskrim dia diam kejap...oklah tu....boleh lah pusing-pusing kejap kat TIMES SQUARE

13 March 2011

Tip Ketika Bertengkar

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri....betul tak?...dalam sebuah perkahwinan, jika tidak berlaku sebarang pertengkaran itu menandakan matinya emosi.....bertengkar tidak akan mendatangkan manafaat pada sesapa pun...tujuan pertengkaran adalah satu proses untuk menyatukan cita rasa, tujuan, keinginan dan cara hidup mereka...untuk melalu proses ini...tidak mustahil jika berlaku pertengkaran......JOM kita ikuti tip yang boleh kita guna semasa bertengkar bagi mengelakan pertengkaran yang hebat...

Day 106 - Pillow fight
[ kalau gaduh-gaduh manja tak pe...itu menandakan kita bergurau bukan bergaduh]
.
.
.
.
.
.
.
.

1. Jangan sesekali mencari atau mengungkit kelemahan pasangan tujuan pertengkaran itu hanyalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan ingin mencari jalan penyelesaian, bukan mencari kemenangan

2.Tumpu pada pokok permasalahan dan jangan meleret-leret kerana cara ini akan menjerumus kearah pertengkaran yang lebih besar

3.Jangan sesekali menggunakan kata nama ‘kau’ atau ‘aku’ sebaik-baiknya gunalah nama yang selalu digunakan….jika biasa panggil ‘sayang’ teruskan guna perkataan itu semasa bertengkar

4.Elakkan dari menggunakan perkataan-perkataan yang kesat dan menyakitkan hati...seperti ‘kau memang bodoh’, ‘ini semua salah kau’ dan sebagainya,sebaliknya gunalah perkataan yang lebih lembut

5.Jangan sesekali bertengkar di tempat tidur atau di hadapan rezeki

Angry couple sitting on bench
[untuk menyelamatkan keadaan baik kita berdiam diri...]

.
.
.
.
.
.
.
.
6. Pastikan tidak di hadapan anak-anak kerana akan membuatkan mereka bingung, tertekan dan boleh menyebabkan mereka membuat andaian sendiri, bahawa ayah atau ibu mereka bersalah

7. Sentiasa membatasi kesabaran, jangan bertindak sehingga menggunakan fizikal seperti memukul, menampar, melempar barang dan sebagainya

8. Jangan sesekali membenarkan orang ketiga masuk campur dalam pertengkaran anda, seperti ibu bapa, mertua, adik beradik dan sebagainya kerana kehadiran mereka akan menyebabkan situasi semakin sulit

9. Jangan sesekali cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menjadikan pertengkaran yang lebih hebat

10.Jangan sesekali membiarkan emosi menguasi diri

[menangislah sebab menangis adalah 1 terapi pada diri]
.
.
.
.
.
.
.
.

11. Mungkin anda tidak dapat mengegakkan kebenaran atau tidak mampu memberikan hujah yang betul-betul kukuh, itu buka bererti anda tewas….Cuma anda perlukan sedikit waktu untuk membuktikan bahawa pendapat anda betul

12.

Jangan sesekali menganggap pasangan anda dapat membaca apa yang terkandung dalam pemikiran anda…jadi anda perlu luahkan dalam bahasa yang mudah dan jangan sesekali mengharapkan si dia akan mengerti…

13.Ingat, anda dan pasangan anda adalah 2 insan yang berbeza…pasangan anda telah dibesarkan mengikut caranya sejak kecil lagi…anda bertemu dengannya setelah sama-sama dewasa…jadi jangan sesekali anda cuba menjadikan dirinya seperti anda

14. Selepas bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri atau pun keluar meninggalkan pasangan…ia tidak mendatangkan manafaat langsung

15. Selesai bertengkar, peluklah pasangan anda seerat yang boleh…ungkapkan perkataan maaf dan minta agar perkara begitu tidak akan berlaku lagi


BERTENGKARLAH JIKA IA BOLEH MENDATANGKAN KEBAIKAN YANG AKHIRNYA MAMPU MENYELESAIKAN PERSELISIHAN….SELEPAS ITU ANDA AKAN MENJADI LEBIH MESRA DAN AKRAB

Petua Jelita PART 1

PART 1 (RAMBUT)

Hair
RAMBUT ibarat mahkota pada wanita...kadang kala susah untuk kita menjaga rambut yang pendek or yang panjang...kadang kala berkutu...kadang kala kusut...kadang kala gugur dan macam-macam lagi...JOM jenguk beberapa petua yang diperolehi dan dikongsi bersama-sama kawan-kawan sekelian....

1. Elakkan rambut mudah gugur
  • Ambil lendir lidah buaya, lendir bunga raya dan lendir bnga litup bumi...masukan ketiga-tiga lendir bunga ini ke dalam satu bekas dan campurkan sedikit minyak zaitun...selepas membasuh rambut terus sapukannya pada rambut bancuhan tadi...balutkan kepala anda dengan tuala selama 1/2 jam...keesokkan paginya boleh lah dibilas dengan sebersih-bersihnya...
2. Elak rambut kering dan bercabang
  • Ramas buah pinang sehingga hancur dan sapukan terus pada rambut dan biarkan selama 30 minit...selepas itu bersihkan rambut dan bilas...lakukan 2 kali seminggu insyallah berhasil..

3. Rambut yang kerinting boleh diluruskan
  • Tidak perlu ke salun, parut sebiji kelapa tua dan ambil santannya...kemudian perah limau nipis ke dalam santan tersebut dan simpan ke dalam peti sejuk...setelah bancuhan tersebut menjadi krim, sapukan ke rambut secara perlahan-lahan...cukup masa basuh rambut dengan air bersih....amalkan petua ini selama seminggu insyallah berhasil....
4. Hapuskan kutu kepala
  • Sediakan buah nona yang sudah siap dibasuh, tumbuk ia sehingga halus dan campurkan sedikit air...setelah di gaul, sapukan ramuan itu keatas kepala...tutupkan kepala dengan tuala suam dan biarkan selama 15 minit...kemudian bilaslah rambut seperti biasa...
  • Ambil sedikit sabun mandi dan lenyek bersama sedikit minyak masak...kemudian ratakan ke seluruh rambut dan bungkus rambut menggunakan tuala....biarkan semalaman...esok pagi bilas dan cucilah rambut menggunakan syampo...
Hair.

5. Rambut hitam halus dan lebat
  • Ambil kelapa tua dan parut kelapa tersebut...perahkan untuk mendapatkan santan...basahkan rambut dengan perahan santan tersebut dan biarkan selama 15 - 20 minit...kemudian bilas dengan air bersih...amalkan selalu insyallah berhasil...
6. Galakkan rambut tumbuh lebat
  • Ambil sekepal nasi dan setengah biji limau nipis ysng direndam bersama secawan air dan juga garam...embunkan semalaman bancuhan tadi dan keesokan paginya perahkan limau...basuhkan rambut dengan menggunakan bahan ini dan biarkan selama 3 jam...bilas dengan air bersih...insyallah rambut akan tumbuh lebat dari sebelumnya...
7. Mencegah rambut beruban
  • Ambil segengam daun kari lalu lumatkannya dengan mencampurkan sedikit air hingga menjadi pes...campurkan pes tadi dengan 2 cawan minyak kelapa kemudian panaskanya di atas api sehingga airnya sejat...sejukan dan simpan di dalam bekas yang kedap udara supaya mudah digunakan...sapukan ke rambut dan biarkan selama 15 -20 minit kemudian bilaslah

Petua Dari Dapur....PART 1

PART 1

Jom masak...kalau ada sebarang masalah boleh rujuk petua di bawah...kalau ada petua yang lain boleh kongis sekali ya....

1. Hilangkan bau hanyir Ayam
Cara yang paling mudah masukan sedikit tepung gandum kedalam ayam tadi. Gaulkan ayam tersebut kemudian dibasuh seperti biasa. Hasilnya ayam tersebut akan lebih segar dan enak di goreng atau di bakar. Bau hanyir pun akan hilang...

2. Hilangkan kesan kunyit pada tangan
Cara yang amat mudah untuk hilangkan kesan kunyit pada tangan hanyalah dengan mengambil sesudu teh kapur makan dan sapu pada tangan yang terkena kunyit tadi. Kemudian basuhlah tangan dengan sabun dan cucilah sehingga bersih. Insyallah kesan kunyit pada tangan tadi akan hilang.

3. Elakan mulut bau petai
Untuk menghilangkan bau petai di mulut, ambillah satu sudu beras dan kunyahlah sehingga hancur dan insyallah mulut tidak akan berbau petai lagi.

4. Elak makanan melekat pada kuali
Taburkan garam kedalam minyak untuk mengoreng. Insyallah maknan yang kita goreng tadi pasti tidak akan melekat

5. Telur elak nasi lembik
Letakkan sebutir telur yang telah dibasuh dan letakkan ditengah-tengah nasi yang di masak, tanamkan telur di dalamnya. Insyallah nasi tersebut tidak akan menjadi lembik dan telur itu boleh terus di makan..

6. Tempoyak kekal sedap
Tambahkan sedikit garam dan gula ke dalam tempoyak tersebut. Kemudian untk mengelakan berkulat di permukaan tempoyak tadi, taburkan sedikit gula dan lapik dengan sehelai plastik di permukaan nya. Semasa mengambil tempoyak gunakan sudu bersih insyallah tempoyak akan tahan lama dan sedap rasanya...

7. Merangupkan pisang goreng
Untuk menambahkan kerangupan pisang goreng, tambahkan segengam kelapa kisar dan juga bijan ke dalam adunan tepung. Kemudian bolehlah digoreng pisang tersebut, insyallah pisang tersebut akan menjadi rangup dan enak...

8. Tomato tahan lama
Sapukan sedikit minyak masak ke atas tomato tersebut dan kemudian disimpan ke dalam peti sejuk seperti biasa. Insyallah tomato tersebut akan kekal segar.

9. Uji kesegaran Telur
Tanpa memecahkan telur itu kita boleh menguji kesegarannya. Caranya dengan memasukan telur ke dalam perikuk yang berisi air garam sejuk. Jika telur itu segar dia akan tenggelam ke dasar air garam, manakala telur yang timbul adalah telur yang tidak segar.

10. Santan tahan lama
Masukan santan yang diperah ke dalam bekas dan masukkan sedikit garam ke dalam santan tersebut. Tutup rapat bekas tersebut dan simpan ke ruang pembeku. Santan tersebut boleh bertahan untuk beberapa hari. Insyallah