13 March 2011

Petua Dari Dapur....PART 1

PART 1

Jom masak...kalau ada sebarang masalah boleh rujuk petua di bawah...kalau ada petua yang lain boleh kongis sekali ya....

1. Hilangkan bau hanyir Ayam
Cara yang paling mudah masukan sedikit tepung gandum kedalam ayam tadi. Gaulkan ayam tersebut kemudian dibasuh seperti biasa. Hasilnya ayam tersebut akan lebih segar dan enak di goreng atau di bakar. Bau hanyir pun akan hilang...

2. Hilangkan kesan kunyit pada tangan
Cara yang amat mudah untuk hilangkan kesan kunyit pada tangan hanyalah dengan mengambil sesudu teh kapur makan dan sapu pada tangan yang terkena kunyit tadi. Kemudian basuhlah tangan dengan sabun dan cucilah sehingga bersih. Insyallah kesan kunyit pada tangan tadi akan hilang.

3. Elakan mulut bau petai
Untuk menghilangkan bau petai di mulut, ambillah satu sudu beras dan kunyahlah sehingga hancur dan insyallah mulut tidak akan berbau petai lagi.

4. Elak makanan melekat pada kuali
Taburkan garam kedalam minyak untuk mengoreng. Insyallah maknan yang kita goreng tadi pasti tidak akan melekat

5. Telur elak nasi lembik
Letakkan sebutir telur yang telah dibasuh dan letakkan ditengah-tengah nasi yang di masak, tanamkan telur di dalamnya. Insyallah nasi tersebut tidak akan menjadi lembik dan telur itu boleh terus di makan..

6. Tempoyak kekal sedap
Tambahkan sedikit garam dan gula ke dalam tempoyak tersebut. Kemudian untk mengelakan berkulat di permukaan tempoyak tadi, taburkan sedikit gula dan lapik dengan sehelai plastik di permukaan nya. Semasa mengambil tempoyak gunakan sudu bersih insyallah tempoyak akan tahan lama dan sedap rasanya...

7. Merangupkan pisang goreng
Untuk menambahkan kerangupan pisang goreng, tambahkan segengam kelapa kisar dan juga bijan ke dalam adunan tepung. Kemudian bolehlah digoreng pisang tersebut, insyallah pisang tersebut akan menjadi rangup dan enak...

8. Tomato tahan lama
Sapukan sedikit minyak masak ke atas tomato tersebut dan kemudian disimpan ke dalam peti sejuk seperti biasa. Insyallah tomato tersebut akan kekal segar.

9. Uji kesegaran Telur
Tanpa memecahkan telur itu kita boleh menguji kesegarannya. Caranya dengan memasukan telur ke dalam perikuk yang berisi air garam sejuk. Jika telur itu segar dia akan tenggelam ke dasar air garam, manakala telur yang timbul adalah telur yang tidak segar.

10. Santan tahan lama
Masukan santan yang diperah ke dalam bekas dan masukkan sedikit garam ke dalam santan tersebut. Tutup rapat bekas tersebut dan simpan ke ruang pembeku. Santan tersebut boleh bertahan untuk beberapa hari. Insyallah

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih lah memberi KOMEN..insyallah yg baik akan di jadi panduan