This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

27 April 2011

Sukan Tahunan 2011


SUKAN TAHUNAN 2011


TARIKH : 16 APRIL 2011
HARI : SABTU
MASA: 7 PAGI - 1 TGH
LOKASI : PADANG MPSJ

Acara sukan yang paling kemuncak adalah SUKAN TAHUNAN......walaupun lambat nak story....lyn nak story jugak....tugas lyn semasa sukan tahuan terpaksa membantu bahagian perbarisan rumah merah.....seminggu sebelum acara sukan lyn dan anak2 murid dah mula sibuk...PILIH BUDAK UNTUK KAWAD.....PILIH TEMA...TENGOK PAKAIAN....dan macam-macam lagi.....

Terasa tension jugak seminggu tu...tapi alhamdulillah lyn dapat bantuan dari budak-budak rumah merah yang penuh komitmen....sehari sebelum acara sukan....lyn dengan budak2 sibuk berkumpul di bilik bekas bilik cemerlang....menyiapkan segalanya untuk hari kemuncak.....

menyiapkan sepanduk dan bungga manggar

orang kuat perbarisan...pelari terhebat rumah merah pun ada masa ni

bas disediakan oleh sekolah untuk membawa pelajar ke stadium MPSJ

Cuaca sepanjang hari sukan tahuan kali ni....hujan lebat dan mendung je.....bila hujan...dia lebat sungguh...bila berhenti....angin pulak bertiup....sejuk terasa sampai ke tulang....apa pun....mendung best jugak...coz kulit tak hitam hehehe......

pelepas terhandsome sekolah...ya ke

guru-guru yang hebat...hujan-hujan pun boleh duduk bertugas di padang

penjaga garisan penamat.....semua guru-guru wanita

cikgu rais ditugaskan untuk mengumpul semua pelari

kadet bomba....segak bergaya

kadet polis....gagah perkasa...almaklumlah YDP PIBG...polis

kadet remaja sekolah...hebat sentiasa

Bulan sabit merah...putih sentiasa

pengakap....badan beruniform yang dah 3 tahun lyn join

puteri islam...cantik reben di kepala tu....kiut je...

pandu puteri.....dulu banyak pelajar india je...tapi sekarang dah ada semua kaum...1 malaysia

rumah biru....hantu kak limah...balik stadium

latihan terakhir dari rumah merah

rumah merah...usaha yang tak terhingga...terima kasih semua

rumah kuning....dengan lebah montelnya

rumah hijau...hulk hogen

pencak silat..

.

Seperti yang sedia maklum....apa yang tercatat di papan putih itu adalah turutan pemenang....Juara sukan tahunan untuk tahun ini ada rumah biru.....berbarisan di menangi oleh rumah kuning.....moga kita berjumpa lagi di sukan tahuan tahun 2012.....


Petua Pelembut Hati

Surah Al-Imran ayat 200


Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Petua Pelembut Hati

Baca ayat 200 surah Al-Imran dan ditiupkan pada muka anak-anak atau dalam air untuk di beri minum pada anak-anak, supaya mereka lembut hatinya dan mahu mengikut cakap ibu/bapa. Bacaan ini hendaklah di baca sendiri oleh ibu/bapa. Amalkan setiap hari. Elok juga di baca 3 kali atau lebih, dan di tiupkan pada ubun-ubun mereka sebelum mereka tidur setiap hari.

Boleh juga digunakan kepada suami yang panas baran atau yang suka marah-marah


Kursus "Malaysia Welcome The World"

Lama dah rasanya lyn tak pergi kursus....ada kot setahun dok bertapa di sekolah....so bila cikgu aniza kata ada 1 kursus untuk budak Kelab Pelancongan...mula-mula ingat tak nak pergi...tapi bila tengok hari dan tarikhnya....tukar fikiran mengoffer diri untuk pergi.....

LOKASI: HOTEL PREMIER KLANG
(punyalah cari dalam GPS mana hotel ni...tak jumpa-jumpa juga...baru tahu hotel ni baru buka 2 bulan....)
MASA: 8 PAGI - 5 PETANG
PENCERAMAH: EN MUSTAFA
TAJUK : MALAYSIA WELCOME THE WORLD
TARIKH: 12 APRIL 2011


Ada 9 buah sekolah yang terlibat SMK Bandar Sunway, SMK Seksyen 9, SMK Seksyen 11, SMK Seksyen 24, SMK Taman Seri muda dan beberapa sekolah lagi.....bila di selidik...rupanya tak banyak sekolah yang ada Kelab Pelancongan....bagus Kelab Pelancongan ni...setiap tahun dapat RM500 dari Kementerian Pelancongan Malaysia tu......

Kemeterian pelancongan nak 4 orang pelajar dan 1 guru pengiring...so cikgu aniza dah pilih 3 pelajar form 5 dan seorang pelajar form 4......Amirul, Shamizan, Johan dan Nabil....ikutkan pelajar-pelajar ni lyn tak pernah ajar pun masa form 3...taip tabik spring....dia org still respect dgn cikgu yang tak pernah ajar dia org ni....hehehe.....terutama Shamiza....teman cikgu ni g sembahyang.....mungkin dia tak ada kawan kot coz semua pelajar lelaki...dia seorang je perempuan...nak tak nak mengekor je dia.....BUT you all memang terbaik.......


Pergi kursus ni lebih kepada dengar ceramah Motivasi jugak rasanya.....coz en mustafa tu banyak bagi tips2 untuk menjadi orang berjaya.....kalau ikut masa yang di berikan untuk ceramah tu panjang kan...tapi bila dengar celoteh en mustafa...tak rasa masa berlalu.....bagus gak kalau panggil ceramah motovasi kat sekolah kan

Yang bagusnya....kursus dia bukan 0ne way talk...tapi dia banyak menyoal para pelajar.....so Amirul lah yang banyak menyoal dan menjawab..tapi yang bestnya...bila lepas makan tengahari...Amirullah yang paling mengantuk sekali...so dia dah tak beri respon sgt pada apa yang en mustafa cakap.....Amirul...Amirul....Shamizan pun aktif gak....so boleh di katakan pelajar yang di bawa semuanya aktif-aktif belaka.....baru cikgu syok nak bawa....


The best part....ada sijil penyertaan tu....dah lama rasanya lyn tak dpt sijil......so untuk tahun ni adalah 1 sijil...jadilah.....ingatkan pelajar je dapat sijil...cikgu pun dapat ni...syok tu.....Sijil dari Kementerian Pelancongan Malaysia lagi tu....


Semoga tahun hadapan ada lagi kursus macam ni untuk pelajar-pelajar sekolah....boleh cikgu bawa pelajar lain pulak.....28 April ni ada mesyuarat untuk semua guru penasihat kelab pelancongan untuk membincangkan aktiviti tahunan yang akan di anjurkan oleh pihak Kemanterian Pelancongan....insyallah kalau tak ada aral melintang....cikgu, cikgu aniza dan pengetua akan pergi.....

Insyirah kena tahan Ward

Lama tak tulis blog...bussy dengan hal sekolah sekarang ni....semalam 26 April 2011....insyirah kena tahan ward...lama dah rasaya dia dah tak masuk ward....semalam doktor kata kena tahan ward gak coz....asthma dia teruk sangat.......mama kasi nebulizer 4 jam sekali kat umah pun tak jalan...makin teruk jadinya.....doktor kata dah banyak kahak dalam paru-paru dia....dada dia ketat sangat.....so semalamlah kita berdua tido hospital kan insyirah.....

kalau ikut mama...dah cemuih(jemu) duduk hospital ni....tapi mengenagkan nak baikkan anak...mama rela....but alhamdulillah makin bertambah baik....hope tak duduk lama kat hospital ya insyirah....mama nak kena mengajar

but sampai sekarang tak tau...macam mana insyirah boleh kena lelah teruk sangat ni...nak kata dia pergi sekolah..tak jugak...tapi ramai kawan2 cakap cuaca yang menyebabkan ramai org sakit sekarang

apa-apa pun mama doakan insyirah cepat sembuh ya...


10 April 2011

Sukan Tara SMKBS 2011

SUKAN TARA 2011

Sukan tara adalah acara yang ditunggu oleh semua pelajar...sebab semua pelajar boleh terlibat sama dalam semua ada yang ada....tapi hari tu....padang becak sangat...so lyn bertekad tak mau pakai kasut...takut tapak tertanggal bila jalan dalam selut nanti....dah mcm sawah bedang pagi tu...

Acara yang lyn jaga adalah acara lompat tinggi...tapi disebabkan becak...so ramai pelajar yang tergelincir semasa nak lompat....so kebanyakan pelajar tak dapat lompat dengan baik....siap ada yang stop depan tilam...coz salah aim nak landing....kelakar gak masa tu.....tapi nak buat mcm mana...peraturan kata pelajar hanya boleh lompat sekali ke...so ada yg frus gak....ada gak yg merayu nak lompat sekali lagi....NO NO NO NO.....itu cikgu nizaruddin katalah....

macam-macam gaya pelajar nak lompat tinggi tapi tetap langar palang coz tanah licin...

cikgu tengah sibuk melaraskan ukuran supaya sama tinggi.....

pengadil bahagian lompat tinggi perempuan...dgr cerita semua pelajar perempuan tak dpt lepas paras lompatan yg ditetapkan...dah turun paras yg paling rendah pun masih tak de yang berjaya

ada juga pelajar yg cedera...almaklumlah padang becak kan...nasib baik ada BSM

guru rumah hijau tengah menunjukan bagaimanakan cara yang betul untuk lompat jauh....

tu dia...pelajar melontar peluru dengan penuh perasaan...harap-harap jauhlah lontaran tu

pengadil bahagian lontar peluru...kawasan lontar peluru paling teruk becaknya...

acara 100m....cikgu rais ditugaskan melepaskan pelajar-pelajar

walaupun padang becak...lari tetap lari....

penjaga garisan dan pencatat masa bagi acara 100m

Acara sukan tara bermula dari jam 8 pagi...tamat jam 11.30 pagi...alhamdulillah cuaca mendung...nasib baik tak hujan...kalau hujan padang dah tak rupa padang sure rupa sawah bendang....hahahah....rumah manakah yang menang....taklah pulak di umumkan...mungkin tunggu masa acara sukan tahunan kot...

Apa pun...tak banyak bakat yang dapat dicungkil sebab keadaan padang yang becak teruk...semua pelajar takut berlaku kecederaan...walaumacam mana pun...acara SUKAN TARA dah lama abis....semua guru sedang sibuk untuk ada sukan tahunan...tunggu cerita tetang sukan tahunan ya....

Gambar terima kasih kepada fotographer sekolah yang baru cikgu Ashiza....kak lyn pinjam gambar ya....tq

09 April 2011

Senyum - Najwa Feat Malique

SENYUM -Najwa ft Malique


Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit



Najwa Mahiaddin "Got to Go"

GOT TO GO - Najwa Mahiaddin


This time I’m gonna live my life
I ain’t no stepford wife
No I ain’t perfect
Gonna find somebody who’s worth it
And no you ain’t that person
Coz i caught you constantly flirtin’
With my best friend


So I guess I’ll say goodbye
I’ll find me another guy

Why (why why why)
You always makin’ me
Cry (cry cry cry)
No I can’t stand it
No you can’t be my man
It don’t matter who you are,
Even if you were a star,
You’ve got to go
(Go go go go go go)


Read my lips I’m leavin’,
and no no I ain’t teasin’,
This time it’s for real,
Gotta find you another girl,
Coz this one sure ain’t stayin’,
By the time you finish what you’re sayin’
I’ll be gone

Lagu yang sangat sempoi...rancak dan ringkas....menarik untuk didengar walaupun dah banyak kali dgr.....

03 April 2011

Petua Ayu & Jelita PART 2

HILANGKAN JERAWAT


Gilingkan beberapa helai daun pucuk jambu batu sehingga halus…kemudian sapukan pada bahagian wajah yang ditumbuhi jerawat….boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk untuk kesan yang lebih mujarab…pakailah pada setiap waktu malam dan sebelum tidur….


MENAIKAN SERI WAJAH

Dapatkan kunyit muda yang segar dan potongkan nipis-nipis…jadikan ia sebagai ulam semasa anda menjamah makanan…jika anda rajin wajah anda akan kelihatan lebih berseri dan menawan

RAWAT TUMIT KAKI

Sediakan buah betik yang masih muda dan hiriskan bahagian hujungnya bagi mendapatkan getah…kemudian sapukan di bahagian tumit….amalkan untuk beberapa hari secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang berkesan


ELAK BULU KETIAK LEBAT

Cabut semua bulu ketiak…kemudian celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan sapukan di bahagian ketiak…lakukan untuk beberap minit dan selepas itu bilaslah dengan air bersih….

MILIKI BETIS HALUS

Sapukan betis dengan minyak rambut atau minyak kelapa dan urut perlahan-lahan…boleh juga urut dengan menggunakan hampas kelapa….lepas beberapa ketika bersihkan ia dengan air biasa…

ELAKAN KEDUTAN

Ambil sedikit lobak merah yang telah diparut halus…kemudian campurkan sesudu tepung jagung dan sebutir telur yang di ambil merahnya…kacau campuran tersebut sehingga sebati…kemudian sapu pada wajah seperti ‘mask’…apabila kering bilas menggunakan air suam…amalkan selalu