13 March 2011

Tip Ketika Bertengkar

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri....betul tak?...dalam sebuah perkahwinan, jika tidak berlaku sebarang pertengkaran itu menandakan matinya emosi.....bertengkar tidak akan mendatangkan manafaat pada sesapa pun...tujuan pertengkaran adalah satu proses untuk menyatukan cita rasa, tujuan, keinginan dan cara hidup mereka...untuk melalu proses ini...tidak mustahil jika berlaku pertengkaran......JOM kita ikuti tip yang boleh kita guna semasa bertengkar bagi mengelakan pertengkaran yang hebat...

Day 106 - Pillow fight
[ kalau gaduh-gaduh manja tak pe...itu menandakan kita bergurau bukan bergaduh]
.
.
.
.
.
.
.
.

1. Jangan sesekali mencari atau mengungkit kelemahan pasangan tujuan pertengkaran itu hanyalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan ingin mencari jalan penyelesaian, bukan mencari kemenangan

2.Tumpu pada pokok permasalahan dan jangan meleret-leret kerana cara ini akan menjerumus kearah pertengkaran yang lebih besar

3.Jangan sesekali menggunakan kata nama ‘kau’ atau ‘aku’ sebaik-baiknya gunalah nama yang selalu digunakan….jika biasa panggil ‘sayang’ teruskan guna perkataan itu semasa bertengkar

4.Elakkan dari menggunakan perkataan-perkataan yang kesat dan menyakitkan hati...seperti ‘kau memang bodoh’, ‘ini semua salah kau’ dan sebagainya,sebaliknya gunalah perkataan yang lebih lembut

5.Jangan sesekali bertengkar di tempat tidur atau di hadapan rezeki

Angry couple sitting on bench
[untuk menyelamatkan keadaan baik kita berdiam diri...]

.
.
.
.
.
.
.
.
6. Pastikan tidak di hadapan anak-anak kerana akan membuatkan mereka bingung, tertekan dan boleh menyebabkan mereka membuat andaian sendiri, bahawa ayah atau ibu mereka bersalah

7. Sentiasa membatasi kesabaran, jangan bertindak sehingga menggunakan fizikal seperti memukul, menampar, melempar barang dan sebagainya

8. Jangan sesekali membenarkan orang ketiga masuk campur dalam pertengkaran anda, seperti ibu bapa, mertua, adik beradik dan sebagainya kerana kehadiran mereka akan menyebabkan situasi semakin sulit

9. Jangan sesekali cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menjadikan pertengkaran yang lebih hebat

10.Jangan sesekali membiarkan emosi menguasi diri

[menangislah sebab menangis adalah 1 terapi pada diri]
.
.
.
.
.
.
.
.

11. Mungkin anda tidak dapat mengegakkan kebenaran atau tidak mampu memberikan hujah yang betul-betul kukuh, itu buka bererti anda tewas….Cuma anda perlukan sedikit waktu untuk membuktikan bahawa pendapat anda betul

12.

Jangan sesekali menganggap pasangan anda dapat membaca apa yang terkandung dalam pemikiran anda…jadi anda perlu luahkan dalam bahasa yang mudah dan jangan sesekali mengharapkan si dia akan mengerti…

13.Ingat, anda dan pasangan anda adalah 2 insan yang berbeza…pasangan anda telah dibesarkan mengikut caranya sejak kecil lagi…anda bertemu dengannya setelah sama-sama dewasa…jadi jangan sesekali anda cuba menjadikan dirinya seperti anda

14. Selepas bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri atau pun keluar meninggalkan pasangan…ia tidak mendatangkan manafaat langsung

15. Selesai bertengkar, peluklah pasangan anda seerat yang boleh…ungkapkan perkataan maaf dan minta agar perkara begitu tidak akan berlaku lagi


BERTENGKARLAH JIKA IA BOLEH MENDATANGKAN KEBAIKAN YANG AKHIRNYA MAMPU MENYELESAIKAN PERSELISIHAN….SELEPAS ITU ANDA AKAN MENJADI LEBIH MESRA DAN AKRAB

2 comments:

Terima Kasih lah memberi KOMEN..insyallah yg baik akan di jadi panduan