03 April 2011

Petua Ayu & Jelita PART 2

HILANGKAN JERAWAT


Gilingkan beberapa helai daun pucuk jambu batu sehingga halus…kemudian sapukan pada bahagian wajah yang ditumbuhi jerawat….boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk untuk kesan yang lebih mujarab…pakailah pada setiap waktu malam dan sebelum tidur….


MENAIKAN SERI WAJAH

Dapatkan kunyit muda yang segar dan potongkan nipis-nipis…jadikan ia sebagai ulam semasa anda menjamah makanan…jika anda rajin wajah anda akan kelihatan lebih berseri dan menawan

RAWAT TUMIT KAKI

Sediakan buah betik yang masih muda dan hiriskan bahagian hujungnya bagi mendapatkan getah…kemudian sapukan di bahagian tumit….amalkan untuk beberapa hari secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang berkesan


ELAK BULU KETIAK LEBAT

Cabut semua bulu ketiak…kemudian celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan sapukan di bahagian ketiak…lakukan untuk beberap minit dan selepas itu bilaslah dengan air bersih….

MILIKI BETIS HALUS

Sapukan betis dengan minyak rambut atau minyak kelapa dan urut perlahan-lahan…boleh juga urut dengan menggunakan hampas kelapa….lepas beberapa ketika bersihkan ia dengan air biasa…

ELAKAN KEDUTAN

Ambil sedikit lobak merah yang telah diparut halus…kemudian campurkan sesudu tepung jagung dan sebutir telur yang di ambil merahnya…kacau campuran tersebut sehingga sebati…kemudian sapu pada wajah seperti ‘mask’…apabila kering bilas menggunakan air suam…amalkan selalu

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih lah memberi KOMEN..insyallah yg baik akan di jadi panduan