27 April 2011

Kursus "Malaysia Welcome The World"

Lama dah rasanya lyn tak pergi kursus....ada kot setahun dok bertapa di sekolah....so bila cikgu aniza kata ada 1 kursus untuk budak Kelab Pelancongan...mula-mula ingat tak nak pergi...tapi bila tengok hari dan tarikhnya....tukar fikiran mengoffer diri untuk pergi.....

LOKASI: HOTEL PREMIER KLANG
(punyalah cari dalam GPS mana hotel ni...tak jumpa-jumpa juga...baru tahu hotel ni baru buka 2 bulan....)
MASA: 8 PAGI - 5 PETANG
PENCERAMAH: EN MUSTAFA
TAJUK : MALAYSIA WELCOME THE WORLD
TARIKH: 12 APRIL 2011


Ada 9 buah sekolah yang terlibat SMK Bandar Sunway, SMK Seksyen 9, SMK Seksyen 11, SMK Seksyen 24, SMK Taman Seri muda dan beberapa sekolah lagi.....bila di selidik...rupanya tak banyak sekolah yang ada Kelab Pelancongan....bagus Kelab Pelancongan ni...setiap tahun dapat RM500 dari Kementerian Pelancongan Malaysia tu......

Kemeterian pelancongan nak 4 orang pelajar dan 1 guru pengiring...so cikgu aniza dah pilih 3 pelajar form 5 dan seorang pelajar form 4......Amirul, Shamizan, Johan dan Nabil....ikutkan pelajar-pelajar ni lyn tak pernah ajar pun masa form 3...taip tabik spring....dia org still respect dgn cikgu yang tak pernah ajar dia org ni....hehehe.....terutama Shamiza....teman cikgu ni g sembahyang.....mungkin dia tak ada kawan kot coz semua pelajar lelaki...dia seorang je perempuan...nak tak nak mengekor je dia.....BUT you all memang terbaik.......


Pergi kursus ni lebih kepada dengar ceramah Motivasi jugak rasanya.....coz en mustafa tu banyak bagi tips2 untuk menjadi orang berjaya.....kalau ikut masa yang di berikan untuk ceramah tu panjang kan...tapi bila dengar celoteh en mustafa...tak rasa masa berlalu.....bagus gak kalau panggil ceramah motovasi kat sekolah kan

Yang bagusnya....kursus dia bukan 0ne way talk...tapi dia banyak menyoal para pelajar.....so Amirul lah yang banyak menyoal dan menjawab..tapi yang bestnya...bila lepas makan tengahari...Amirullah yang paling mengantuk sekali...so dia dah tak beri respon sgt pada apa yang en mustafa cakap.....Amirul...Amirul....Shamizan pun aktif gak....so boleh di katakan pelajar yang di bawa semuanya aktif-aktif belaka.....baru cikgu syok nak bawa....


The best part....ada sijil penyertaan tu....dah lama rasanya lyn tak dpt sijil......so untuk tahun ni adalah 1 sijil...jadilah.....ingatkan pelajar je dapat sijil...cikgu pun dapat ni...syok tu.....Sijil dari Kementerian Pelancongan Malaysia lagi tu....


Semoga tahun hadapan ada lagi kursus macam ni untuk pelajar-pelajar sekolah....boleh cikgu bawa pelajar lain pulak.....28 April ni ada mesyuarat untuk semua guru penasihat kelab pelancongan untuk membincangkan aktiviti tahunan yang akan di anjurkan oleh pihak Kemanterian Pelancongan....insyallah kalau tak ada aral melintang....cikgu, cikgu aniza dan pengetua akan pergi.....

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih lah memberi KOMEN..insyallah yg baik akan di jadi panduan