26 January 2011

Meroyan...or Gila Meroyan

Kenapa masih ada manusia yang bersikap dan bersifat demikian....adakah dia layak bergelar sorang ibu....ataupun dia mempunyai masalah.....korang ada dengar tak pasal gila meroyan? Gila meroyan ni sebenarnya sinonim dengan penduduk asia tenggara je....ada juga yang kata gila meroyan ni hanya orang melayu je yang kena...pada hakikatnya tak kira bangsa, agama tetapi wanita je lah boleh mengalami gejala ini....namun begitu jika penyakit gila meroyan tidak di kawal, ia akan mengakibatkan seseorang ibu yang baru lepas bersalin akan mengalami tekanan perasaan....or Maternity Blues

kredit dari Hmetro

SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.

Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.

Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.

Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang.

“Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk siasatan lanjut.

“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.

Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun.

Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya.

“Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak.

“Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa di situ sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain dipakainya dipenuhi darah.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,” katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.


BERIKUT DI TERANGKAN SEDIKIT APA ITU GILA MEROYAN

Menurut istilah saintifik atau perubatan, gila meroyan dikenali sebagai postpartum pyschosis. Ia juga dikaitkan dengan postnatal depression, maternity blues ataupuerperal psychosis. Apa juga perkataan yang dikaitkan dengannya, dikalangan masyarakat melayu ia lebih dikenali sebagai gila meroyan. Walau pun ia lebih sinonim diperkatakan di kalangan masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namum ia juga sebenarnya turut menimpa kalangan wanita profesional.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gila meroyan? Ia merupakan gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita lepas bersalin.

Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85% wanita sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakkannya hanya mengalami pada tahap yang ringan sahaja dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan, Walau bagaimana pun, dalam segelintir 10% wanita gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan sehingga menyebabkan penyakit yang juga lebih dikenali sebagai kemurungan atau gila meroyan.

Apakah punca yang menyebabkan gila meroyan?
Gila meroyan adalah peringkat lewat gangguan perasaan (selepas blues dan kemurungan). Gila meroyan terjadi apabila gangguan blues dan kemurungan tidak dapat dikesan diperingkat awal dan dibiarkan tanpa mendapat perhatian doktor serta rawatan.

Apakah gejala gila meroyan?
Kepentingan untuk mengenali gejala blues dan kemurungan perlu diberi perhatian doktor, suami, ibu serta saudara rapat. Mereka ini perlu mengenalpasti gejala-gejala ini agar gila meroyan dapat dielakkan.

Gejala Maternity Blues
  • Mood berubah dan senang terusik, mudah menangis, mudah marah, cemas dan bimbang
  • Gejala memuncak pada minggu pertama selepas bersalin (sekitar hari ke 4 dan ke 5) memandangkan waktu ini wanita telah kembali ke rumahnya dan menyedari beliau kini berhadapan situasi menerima orang baru
  • Gejala ini boleh berterusan selama beberapa hari, namum ia lazimnya pulih sendiri dalam masa 2 minggu tanpa rawatan perubatan
  • Wania ini masih boleh menguruskan dirinya dan bayinya
Gejala Kemurungan
  • Berlaku sekitar 10% - 15% dalam masyarakat
  • Wanita yang pernah mengalami kemurungan termasuk kemurungan postpartum sebelumnya serta kemurungan sewaktu hamil berisiko mengalami kemurungan postpartum.
  • Gejala ini lazimnya muncul tanpa disedari dalam masa 3 bulan selepas bersalin, lebih memberi kesan ketara berbanding maternity blues
  • Mudah menangis, gangguan tidur, letih, tidak bermaya, kurang selera makan, memikir ingin membunuh diri dan sering berfikir untuk mati
  • Kerap cemas dan bimbang serta obses terhadap bayinya. Sebaliknya beliau boleh juga mempunyai fikiran negetif terhadap bayinya sehingga ingin mencederakannya.
Gejala Psikosis (Gila Meroyan)
  • Ini adalah keadaan yang paling serius berbanding maternity blues dan kemurungan
  • Ia jarang berlaku, hanya 1-2 dalam setiap 1000 wanita selepas bersalin
  • Keresahan, gangguan tidur (insomnia), mood kerap bertukar-tukar serta menunjukkan kelakuan yang tidak kena pada tempatnya
  • Mempunyai kepercayaan bahawa bayinya cacat, nazak, syaitan atau sebaliknya. Mendengar bisikan menyuruh mencederakan diri atau membunuh bayinya.
  • Berisiko untuk membunuh diri atau bayi
Rawatan dan cara mengatasi
  • Mengenalpasti maternity blues dan kemurungan
  • Memberi perhatian dan layanan. Layanan yang diberikan sewaktu jagaan berpantang agar beliau merasakan mendapat perhatian dan tidak rasa keseorangan
  • Berbincang dan menyelesaikan masalah yang timbul dan sebagainya

Bila lyn baca semua ni...rasa-rasanya masa bersalin anak pertama ada rasa mcm nak kena kemurungan....coz sebelum bersalin tu ada perkara yg berlaku yg amat menyedihkan..terbawa sampai lepas bersalin...masa tu dok menung je...mak pun tanya "ko ok ke long"...tak sempat jawab...aku terus nangis je....mak suruh aku istifar bnyk2....mak pujuk lyn...alhamdulillah ok...esok n hari seterusnya tak dah lagi....

so pada kengkawan yang akan bersalin nanti..jaga diri yek...jgn dok sorang cari teman utk berbual-bual kalau ada masalh...terutama pada waktu maghrib...walaupun sukar nak percaya...mencegah lebih baik dari merawat...betul tak

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih lah memberi KOMEN..insyallah yg baik akan di jadi panduan