24 June 2013

JOM KITA......MENDERMA SAMBIL BERAMAL

Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan RAMADAN dah nita yek....rasanya sempat lagi kot lynnak promot kelebihan bulan SYAABAN ni.....berikut adalah amalan-amalan yang boleh kita laksanakan sepanjang bulan SYAABAN


1. Berpuasa sunat.

2. Berdoa, zikir, selawat dan bertaubat.
3. Perbanyakkan amalan takwa.
4. Solat lima waktu secara berjemaah.
5. Banyakkan solat sunat terutama solat malam.
6. Melakukan amal kebajikan.
7. Memohon keampunan ibu bapa.
8. Menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa.
9. Bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
10. Berusaha mendapatkan keredaan Allah pada segala amal kebajikan.
11. Memohon semoga terhindar daripada segala bencana, dan malapetaka.
12. Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berzikir.


lyn nak sentuh sikit yang no 9 tu...sempena bulan mulia ni....apa kata kita perbanyakan sedekah...betul tak.....tapi mesti kita tertanya-tanya pada diri sendiri
kat sapa kita nak sedekahkan?
macam mana kita nak sedekah kan?
boleh ke kita bersedekah cara macam ni kan?

BETUL TAK KITA AKAN TANYA MCM NI



So dengan ini lyn akan post kan beberapa pamplet yang memohon bantuan kita sebagai rakyat malaysia yang berhati mulia dan prihatin....

DI INGAT KAN SEKALI LAGI TIADA PAKSAAN....YANG PENTING KITA IKHLAS DAN LAPANG HATI....
BILA LAGI NAK CARI PAHALA LEBIH YA TAK....










itu antara pamplet yang diperolei semalam semasa cik abg pergi ke KARNIVAL PEDULI UMAT anjuran tadika anak-anak...tadika DzulIman .....semua tadika Dzuliman di area selangor yang mengambil bahagian dalam acara itu.....cerita tentang KARNIVAL jap lagi lyn story....

So puan-puan....tuan-tuan...dato-dato....datin-datin...boleh lah menderma pada mana2 yang berkenan dihati....tapi rasanya yang IFTAR RAMADHAN tu ok kot untuk masa terdekat ni sebab kita dan nak ramadhan tak lama lagi....kang kita syok makan-makan yang sedap-sedap...rupanya ada jugak rakan-rakan seislam kita yang tak makan semasa ramadhan.....


SO JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA...OR PIKIR PANJANG-PANJANG.....BUATLAH KEPUTUSAN YANG BIJAK....SEMUANYA DI TANGAN ANDA...

SEMOGA APA YANG DILAKUKAN OLEH ANDA SEMUA DI BERKATI OLEH ALLAH...

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih lah memberi KOMEN..insyallah yg baik akan di jadi panduan