This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

20 October 2012

Jamuan Akhir Tahun Hi-Tea 2012

Bila dah buat jamuan akhir tahun terasa mcm dah nak abis je sesi persekolahan tahun 2012 kan...apa pun jamuan akhir tahun adalah untuk menghargai usaha n jerih payah cikgu sepanjang bertugas di tahun 2012...kalau tahun lepas kita buat dinner....so thn ni kita buat hi-tea lah pulak kan....kalau tiap2 tahun buat dinner...kopak kelab guru...ya tak......hi-tea or dinner ke sama jer apa yang penting DAPAT MAKAN SEDAP.....

Hi-Tea kali ni sekolah cikgu pilih Grand Dorset Subang....nama lama Sheraton Subang....makanan kat sini memang sedap....makan sampai perut kenyanglah....tak rugi bayar duit kelab.....


 makanan pinggan pertama cikgu....tadddd....tak de nasi kan...rugi kalau makan nasi...tak leh mkn yang lain....
ha tgoklah makanan dia pelbagai pilihan.....sedap semuanya
camera cikgu lynn

camera cikgu najwa

camera cikgu zaidad
meja yang sama...org yang sama...cuma posisi je tak sama....n camera tak sama....sila posing ya gang meja sekelian....cikgu aniza...cikgu rohani...cikgu suhaibah...cikgu suryani...cikgu najwa...cikgu nasibah n cikgu zaidad....yg tudung biru tu seperti biasalah......tak yah ajak pun

 meja org besar2....VIP

cikgu lynn....with best sister...cikgu faoziah PK Petang....
 sebahagian dari warga guru smkbs
 cikgu rasidah(biru)...cikgu masani...cikgu rohaya
 meja ajk kelab guru 2012
 ha tu dia artis kita kali ini cikgu saerah....cikgu tanalethumi....cikgu rosalinda(tokey tudung kanak2)...ustazah norma
 my frenz from bidang matematik.....pn hong...pn ng shau fern...pn doris my KP...pn tai lay heong....will miss u jika cikgu lynn dpt pindah...
hero-hero malaya....en arifin....en wahab....cikgu eustace....cikgu mullai
 last year for pn tay siok choo ber hi-tea beramai-ramai...sebab next year dia bersara pilihan...will miss u tay...


Kalau tengok pada semua gambar...tak de yang candidkan...sebab bila cikgu lynn nak ambik gambar...sure panggil nama diaorg....supaya dia org tau yang gambar dia org ada di ambil oleh cikgu lynn....so tunggu cikgu lynn upload dlm FB org blog ya....yang tak de FB sila lawat FB kengkawan yang menjadi frenz cikgu lynn ya.....tak pun baca jelah BLOG cikgu lynn yang merapu ni....

 pn tai lay heong....pn wong...pn lok
 cikgu ina izwani...cikgu juriah....cikgu siti hawa
 cikgu malisa...cikgu siti hamidah
 cikgu thanabalan....cikgu chan...cikgu tan lee chin...cikgu maniarasu
 pengacara majlis...cikgu siti hawa
ucapan pn pengetua
 cikgu nony...cikgu yati...cikgu roslinda...cikgu hasniza....tq 4 coming....peace no war....hehehe
cikgu ang...cikgu wong lee yun...cikgu wong lai leng...cikgu yap
 cikgu rohaya n cikgu suryani
  
 cikgu tay tgh kira cukup ke tak cukup cikgu ni....
 tulang belakang sekolah...kalau takde depa ni...semua kerja cikgu kena buat...tqvm my staf
 posing sambil ambil makanan sahabat sekelian



ha tu dia cikgu ina...nak gambar dia banyak2 dlm hi tea ni....hope hang suka... 
ha tgok semua nak tangkap gambar dgn cikgu saerah....vogue gitu.....kombinasi yang menarik....

Fuh punyalah banyak gambarkan..ada jugak gambar yang tak di masukan....almaklumlah gambar berulang....

Hayati dialog 1 dibawah semasa majlis berlangsung:

Cikgu A: "azleen u tak makan ker...asyik tangkap gambar jer...mcm nak buat memori sebelum pindah jer"
cikgu lyn:" ishhh tak delah i kan memang suka tangkap gambar"...walaupun gambar sendiri ada sekeping je ni....hahaha

KESIMPULANNYA: 21 okt ni result pertukaran keluar...andai kata dapat pindah...inilah hi-tea terakhir saya dgn warga SMKBS....waaaaaaaa.....

Hayati dialog 2 dibawah semasa majlis berlangsung:

Cikgu B:"azleen u jurucamera utk majlis hari ni ker"
Cikgu Lynn:"ishh tak delah...saja je suka2 tangkap"

KESIMPULANYA: cikgu lynn hanya bawa camera hp samsung note jer hari ni....kalau betul camerawomen hari ni sure cikgu lynn bawa canon ya dak...tak lah guna hp cokiak ni....so Pn. Pengetua....boleh tak beli kan saya camera 1...senang saya nak tangkap gambar untuk majlis sekolah...tak lah perlu guna personal punya....hehehe

ada acara cabutan bertuah hari...biasalah cikgu lynn tak pernah bertuah pun kalau ada acara cabuatan bertuan ni...nak kena mandi bungga kot...hahaha....apa pun yang menang hadiah tadi tahniah....ajk thn depan cari lebih hadiah yek...boleh semua org merasa hadiah sorang 1....waahhh demand cikgu lynn....kang cakap banyak...kenalah pulak jadi ketua kelab...baik diam jer n menurut perintah......

makanan di dorsset subang tidak mengecewakan....semua sedap2 belaka....kalau tak silap...cikgu lynn rasa semua makanan....sampai tak muat perut....ishhh tak senohon betul....apa pun pemilihan tempat hi-tea kali ni adalah tepat n best.....

Rasanya nilah penghujung jamuan untuk guru n staf...sebeb lepas ni ada guru akan keluar sekolah menjaga SPM....so dia org tak de sekolah lebih awal....

Apa pun tahniah atas usaha yang telah diberikan oleh AJK Kelab Staf 2012....semoga usaha yang murni ini akan diteruskan oleh AJK baru tahun 2013....dan lebih meriah n grand lagi.....

10 April 2012

JOM Semak Keputusan Exam anak-anak kita....

Pada para ibu bapa di luar sana....dulu mak kita nak tgok result periksa kita...mesti kena tunggu buku rekod kemajuan siap di tulis guru baru dapat tgok....masa tu lah kita nampak color MERAH or BIRU markah yang kita dapat...kadang-kadang bila dah banyak sangat MERAH kita nak tunjuk pun takut...BETUL tak?....jawabnya tak sampailah buku rekod tu kat mak ayah kita...perap dlm beg...bila rasa-rasa cikgu nak mintak...kita pun tirulah sign yg sebelum-sebelum ni....hehehe sapa pernah buat mcm tu...SILA ANGKAT TANGAN....ishhh cikgu lyn tak pernah buat mcm tu tau...kwn-kwn sekolah dulu pernah buat...so cikgu cerita dari pengalama je ni...

So ibu bapa sekelian...jangan risau skrg...kita jangan dok bising kat anak kita...tanya mana buku rekod kemajuan...sebab ibu bapa sekelian boleh chek terus ke dalam sistem peperiksan secara online...TAPI PERLU LINE INTERNET yek....so kat bawah ni cikgu akan tunjuk cara mcm mana nak masuk ke dalam sistem tersebut dan tengok terus apa hasil exam anak2 kita.....

So saya akan ajar langkah demi langkah untuk masuk ke sistem peperiksaan itu...

1.  Sila taip link http://saps.moe.gov.my/access-denied.php
     ( akan dapat paparan seperti di bawah...kalau lain dari di bawah..maka salah lah link yang di taip)
2.  Sila pilih butang yang berwarna hijau...khas untuk pada ibu bapa....
3.  Selepas klik...mesti dapat page seperti di bawah
4.  Sila masukan ic anak anda...tapi bila taip tak boleh masuk no ic, sila lah taip no sijil lahir anak anda ya...jangan panik pulak....
5.  Dah masuk no ic, baru pilih sekolah rendah or sekolah menengah
6.  Lepas tu pilih tahun peperiksaan yang kita nak tgok...
7.  Baru tekan butang SEMAK LAPORAN
8.  KALAU ada anak lebih seorang...so kena masuk kan setiap no ic mereka...dan follow lah step yang tadi yek....
9.  Bila dah masukan no ic akan keluar paparan seperti di bawah, NAMA SEKOLAH, NO KAD PENGENALAN, NAMA MURID, TAHUN/TINGKATAN, KELAS dan TAHUN PEPERIKSAAN
10.  Kemudian pilih keputusan peperiksaan yang ingin dilihat.

11.  Kemudian boleh pilih sama ada nak PAPAR SLIP KEPUTUSAN or PAPAR MARKAH PEPERIKSAAN....
ini bentuk papar slip keputusan....mcm slip peperiksaan UPSR, PMR or SPM rupanya
  
         ini bentuk papar markah peperiksaan...semua markah ujian dapat dilihat di sini...


12.  Dalam sistem ini akan tercatat jumlah kehadiran anak-anak ke sekolah, nama guru kelas dan macam-macam lagi....

So pada ibu bapa di luar sana boleh lah mula masuk ke sistem ini dah lihat lah sendiri...bukan apa...kerajaan telah menghabiskah duit yang banyak untuk menghasilkan sistem ini...so bila dah ada rugi pulak tak di gunakan....MAJULAH PENDIDIKAN UNTUK ANAK BANGSA

Pada semua guru sekolah yang telah bersusah payah memasukan markah ke dalam sistem ini...tahniah cikgu kerana telah menggunakan sistem ini dengan sebaik mungkin...semoga usaha kita di pandang BERAT oleh pada IBU BAPA di luar sana....


p/s: sila lah abaikan markah-markah yang dipaparkan di atas....bukan atas niat nak menujuk markah anak saya yang serba kekurangan itu...cuma nak tunjuk apa yang ada dalam sistem itu sebenarnya....

21 March 2012

HOLIDAY TIME.......Vietnam Day 3 n BALIK TIME

Day 3

Hari ni kita orang bertaubat nak bershoping....hehehe....boleh caya ke.....so today kita org bersepakat nak melawat ke delta sungai mekong.....kita orang dah bersiap dari 8pagi....tapi van yang sampai jam 9pagi.....perjalanan dari hotel ke sungai mekong adalah dalam 2 jam....

time ni tgh tunggu van nak bawak g jalan.......lambatlah pulak....

Kali ni tak pandai nak story...kita layan gambar je lah ya.....sebab dari gambar boleh menceritakan semuanya....

jeti nak ke sungai mekong....ramainya orang...rakyat tempatan pun ramai....

depan jeti...dah panas terik masa ni

dalam bot nak menujuk ke pulau yang pertama


depan pintu masuk pulau buah-buahan juru cakap sepanjang berada dlam bot....

nama pun kat pulau buah...so buah-buahan jelah yang di jamu...sedap mkn buah fresh


sambil makan buah...sambil dihiburkan dengan nyanyian...

ha...sapa berani pegang sarang tebuan mcm ni dekat.....jinak lebahnya....


lepas tgok lebah...kita minum madu bersama teh dan perahan limau...sedapnya

sampan yang tak pernah berlangar di dalam sungai mekong ni...laluan dia kecil je....


cikgu ina mendayung sampan supaya cepat sampai coz sampan tu berat...dia boleh naik 4 org je

selepas di pulau buah buahan...kita org pergi ke pulau kelapa....kenapa di namakan pulau kelapa....sebab semua makanan berasaskan kelapa......
tgh memotogn canddy kelapa

pembungkusan canddy kelapa

masjid untuk mkn tgh hari day 3

lauk yang di sediakan....sedap dan menyelerakan.....sebab lapar kot

lepas makan tengahari...ingat nak solat kat masjid ni je...tapi ramai yang nak balik hotel sebab dah kepenatan...lagi pun cuaca panas sangat....dapat mandi pun best gak....so kita orang sampai hotel sebelum abis waktu asar....dlm van pemandu kita orang tanya nak tak rasa makanan vietnam iaitu mee ipoh2........so kita org yang belum pernah rasa nak lah mencuba...lagi pun yang sediakan nya adalah org islam....so makan dgn tanpa was-was.......



so ini lah rupa mee ipoh2......tgoklah sayur2 yang banyak disebelah mangkuk ni....banyak gila...kita orang ambik sikit je....takut nak mkn sebab tak tahun tu daun apa....ini lah mkn mlm kita org berlima pada hari ke 3 di vietnam...tak yah keluar hotel.....

Day 4

Hari yang di tunggu....hari balik ke malaysia....dah rindu sangat kat anak-anak....tapi ada satu misi yang masih belum tercapai iaitu nak mencari bag utk anak2....dia orang mintak bag barbie dan cars.....cikgu aniza dan cikgu rohaya pun paham ke runsingan lyn sebab dah hari ke empat masih tak dapat bag bebudak tu.....akhirnya ada org sebut ada satu lagi tempat shoping iaitu china town....

so today kita berlima pergi ke china town....alhamdulillah akhirnya jumpa jugak bag tu....lega rasanya...so tak sedihlah kalau balik tak bawak buah tangan untuk anak2....bila dah kemas bag bawak bawah masyallah berdouble-double bag....adatlah bila berjalan utk bersyopingkan....apa pun satu pengalama yang menarik bila dapat melawat ke tempat orang.....

bergambar di tengah pekan ben than
tgok tu bag nya......
berada di airport saigon...tgh tunggu turn nak chek in ....alhamdulillah semua barang lepas....

SO DESTINASI SETERUSNYA....BANGKOK OR TAJ MAHAL....