27 June 2012

Sukan Tahunan 2012

Ha...sorry chekgu lambat story pasal sukan sekolah lah pulak...dah ada student yang bertanya mana gambar hari sukan chekgu...ALAHAI....chekgu tahun ni tak jadi camera women lah pulak...just jadi MC (pengacara majlis jeerrrr)....fuhhhh...sepanjang 9 tahun mengajar tak pernah pegang jawatan seayu ni...biasanya kena tugas yang lasak je...apa pun TQVM pada setiausaha sukan en. Nizaruddin yek...kita kena cuba semua post baru lah dikatakan guru serba boleh hehehe....

Sukan tahunan berlangsung pada 17 JUN 2012...tempat seperti biasa Stadium MPSJ....situ je yg ada stadium...budak besar bersukan tak nak buat kat sekolah sebab tak de track yang cantik...kalau budak sekolah rendah senang je pakai je padang sekolah...lepas tu pasang kemah...hias kemah cantik2...kan meriah tu....isshhh itu pengalaman masa sekolah rendah dulu lah....

Rehesal buat kat padang sekolah je...dua hari pulak tu...but alhamdulillah cuaca tak panas sangat....walaupun cuma rehesal...tapi pelajar buat bersungguh2...cuma mereka tak tunjuklah yang sebenarnya...dari segi baju...persembahan dan maskot.....


Kali ni sukan dibuat pada hari ahad...so isnin berikutnya adalah cuti...yahooooo.....disebabkan chekgu bertugas sebagai juruhebah/pengacara majlis...so kena ada di stadium awal lah jugak...chekgu sampai jam 7 pagi tu...tapi masyallah....sampai je tgok stadium punya lah kotor....botol air bersepah-sepah sana sini....plastik berterabur....teruk sungguh....tanya lah jugak sekolah mana yang guna mcm ni teruk....rupanya ada sekolah yang di kategorikan sebagai ramai budak pandai...tapi tak pandai jaga kebersihan rupanya....nak kena tunggu lah org MPSJ bersihkan stadium dulu...bukan kami yang buat yek....
 tu dia semua pelajar baru tiba dari sekolah...mereka naik bas yang di sediakan oleh pihak sekolah...tapi bayar rm5 yek....minyak skrg dah mahal....

Sementara tunggu VIP sampai...acara larian 800 meter untuk semua kategori di jalankan dulu....so sempat habis semua kategori baru lah VIP sampai...untuk tahun ni VIP yang di jemput adalah Yang Berbahagia DATUK HJ ABDU HALIM BIN SAMAD, Penyelaras BN Dun Seri Setia, Parlimen Kelana Jaya....terima kasih datuk kerana sudi datang merasmikan dan memerihakan majlis sukan tahunan kami.....turut ada bersama dalam majlis tu ialah YDP PIBG iaitu Tuan ASP Hamzah Bin Hassim....
cantiklah puan pengetua pakai color pink...so sweet.....

Sampai je YB Datuk...terus je berlangsung acara perbarisan unit beruniform dan rumah sukan....YB Datuk, YDP PIBG dan pentadbir lah yang telah memilih siapakan pemenang perbarisan untuk untuk unit beruniform dan rumah sukan...so keputusan adalah muktamad....sebarang bantahan tidak akan dilayan...hehehe
 puteri islam....PBSM dan kadet bomba
 Kadet Remaja Sekolah & Ranjer Puteri
Kadet Polis & Pengakap
 johan perbarisan rumah adalah rumah merah...tak sia-sa chekgu g carik baju utk maskot....

Pembaca ikrar kejohanan adalah Mohd Sazli Bin Mohd Sidik

Selepas merasmikan majlis...VIP semua di jemput untuk menjamu selera....apa menu kat bawah chekgu tak tau...sebab chekgu sibuk berceloteh kat atas pentas.....wah bila chekgu dapat microphone...habis semua acara chekgu yang umumkan....maaf ya kanda halimah...adinda mu ini gila kuasa kejap...hehe....masa VIP tgh makan...acara persembahan berlangsung....ada acara silat....kompang formasi dan wushu....


Habis sudah perbarisan....sudah juga persembahan....terus pula acara trek....sambil acara trek berlangsung...penyampian hadiah pun berlangsung....kira selang seli lah...cepat abis ya tak...
 penyampaian hadiah kepada para pemenang...
 wajah-wajah ceria yang memenangi acara...tahniah...
 peserta yang mengambil bahagian dalam acara trek
 pemenang bagi acara perbarisan unit beruniform dan rumah sukan....
 ha tu dia gmbr org yg gila kuasa pada microphone...kanan atas....& guru-guru yang sedang bertungkus lumus menjalankan tugas di padang....alhamdulillah cuaca mendung...
terima kasih kepada cikgu yang berhempas pulas...tak pe isnin cuti..cikgu leh rehat yek...

KEPUTUSAN AKHIR

JOHAN TAHUNAN = RUMAH HIJAU
JOHAN PERBARISAN RUMAH SUKAN = RUMAH MERAH
JOHAN PERBARISAN UNIT BERUNIFORM = KADET POLIS

Apa pun majulah sukan untuk SMKBS...semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan...dengan semangat sukan yang BARU.....bakat-bakat baru dan azam baru....1 MURID 1 SUKAN

p/s: semua gambar ni kredit untuk cikgu atiqah....k lyn ambik utk masuk blog sendiri yek...boleh kan...jgn marah...thn depan boleh jadi lagi....ya tak...

1 comment:

Terima Kasih lah memberi KOMEN..insyallah yg baik akan di jadi panduan