30 January 2011

Drama Korea lagi....Best



Jewel in the Palace

Berdasarkan kisah sejarah yang terdapat dalam Babad Dinasti Joseon, ia memaparkan kisah seorang wanita yang dipanggil Jang-geum (dilakonkan oleh Lee Young Ae), yang berjaya menjadi wanita perubatan peribadi pertama kepada raja Korea di masa Dinasti Joseon. Tema utama dalam siri ini adalah kecekalannya dalam menghadapi sebarang masalah dan ketekunan dan kebijaksanaannya hingga dia berjaya mencapai sesuatu yang wanita pada masa itu tidak mungkin berjaya mendapat. Drama ini juga memaparkan makanan tradisional Korea termasuk makanan yang dimakan oleh keluarga diraja dan juga ubat-ubatan tradisional.

WATAK-WATAK PENTING
1. Seo Jang-geum/Changjin - Lee Young-Ae

2.Min Jung-ho - Ji Jin-Hee

Min Jung-ho menjadi semakin rapat dengan Jang-geum/changjin setelah dilantik menjadi pegawai istana. Dia seorang pemuda yang kacak, bercita-cita tinggi serta bijak. Dia sangat tersentuh dengan kebijaksanaan dan kesungguhan Jang-geum/changjin untuk mempelajari sesuatu dan cuba membantunya dari setiap segi. Pada masa yang sama, dia mula jatuh hati pada Jang-geum/changjin, namun cintanya membawa kesusahan pada dirinya.

3.Choi Geum-young/JingYin - Hong Li-na
JingYin masuk istana sedari kecil bersama-sama dengan Jang-geum/changjin dan mereka adalah musuh dalam diam di dalam bidang masakan. JingYin adalah anak saudara kepada Lady Choi, yang keturunannya sentiasa mendapat pangkat tertinggi dalam dapur istana. JingYing seorang yang bercita-cita tinggi dan mencintai Min Jung-ho dalam diam sebaliknya Min Jung-ho mencintai Jang-geum/changjin. Ini membuatkan JingYin mula mendendami Jang-geum/changjin dan ingin mengalahkannya.

4. King Jungjong - Im Ho
Dia adalah raja ke-11 dalam dinasti Chosun. Dia seorang raja yang baik, namun selalu keliru dalam membuat keputusan. Dia sangat suka akan kebiksanaan Jang-geum/changjin dan mula jatuh hati kepadanya.

5. Lady Han (Han Ae-jong) - Yang Mi-gyeon
Seorang tukang masak yang disegani dan merupakan guru dan penjaga kepada Jang-geum/changjin. Dia sangat tegas , namun baik hati, dan menjaga Jang-geum/changjin seperti anaknya sendiri. Dia meninggal dunia dalam konspirasi yang dirancang oleh Lady Choi.

6. Lady Choi (Choi Seong-geum) - Gyeon Mi-ri
Merupakan adik kepada orang kaya Choi Pan-sul dan makcik kepada JingYin. Dia adalah seorang pakai dalam masakan istana, pentingkan diri sendiri dan mempunyai keinginan yang kuat untuk berada di atas. Kegilaannya kepada kuasa membuatkannya membunuh emak Jang-geum/changjin dan Lady Han. Dia juga bertanggungjawab menghalau Jang-geum/changjin dari istana.

7.Lee Yeon-saeng - Park Eun-hye

SINOPSIS 1

Kisah ini berlatarbelakangkan Dinasti Joseon semasa pemerintahan Raja Seongjong, Raja Yeonsan-gun (1494-1506) dan Raja Jungjong (1506-1544). Kisah ini bermula dengan ibu putera mahkota Yeonsan-gun diracuni oleh para pengawal istana atas perintah raja pada masa itu.

Selepas kejadian itu, Seo Cheon-su, seorang pengawal yang terlibat dalam pembunuhan itu, pulang ke rumah tetapi dalam perjalanannya mengalami suatu kemalangan. Dia diselamatkan oleh seorang pertapa Tao yang memberitahu dia bahawa hidupnya berputar di keliling tiga wanita: dia akan membunuh wanita yang pertama; dia akan menyelamatkan nyawa wanita yang kedua, dan wanita ketiga akan mengakibatkan kematiannya tetapi akan menjadi penyelamat kepada yang lain. (Wanita-wanita yang dimaksudkan adalah pertama, ibu putera Yeonsang-gun yang dibunuhinya, wanita kedua adalah isteri lelaki tersebut dan ketiga adalah anaknya, Jang Geum). Tekanan jiwa yang dialaminya membuat dia meletak jawatan dari istana.

Di dapur istana pula, Park, seorang perantis dapur, telah menyaksikan sebuah komplot untuk membunuh ibu kepada raja oleh Choi, dan kemudiannya dituduh membuat kesalahan yang tidak pernah dilakukannya dan diberi hukuman menurut cara mereka sendiri. Park diselamatkan oleh Puan Han, kawan baiknya di istana dan kemudian diselamatkan sekali lagi oleh Seo, pengawal istana yang telah meletak jawatan. Kedua-dua Seo dan Park memutuskan untuk tinggal di sebuah kampung yang terpencil dan hidup sebagai petani. Mereka kemudiannya berumahtangga dan melahirkan dan membesarkan seorang anak cilik yang diberikan nama, Seo Jang-geum.

Pada tahun 1504, Raja Yeonsang-gun memerintahkan penyiasatan atas kematian ibunya. Dia mendapat tahu akan tempat sembunyi bekas pengawal Seo dan keluarga, disebabkan juga oleh kesilapan tidak sengaja yang dilakukan oleh si anak kecil Jang Geum. Seo diberkas dan dihukum mati. Jang Geum dan ibunya melarikan diri tapi ibunya dapat diberkas oleh musuh-musuhnya dari dapur istana dan diracuni. Sebelum ibunya meninggal dunia dia memesan kepada Jang Geum untuk menjadi seorang ketua dapur istana supaya dia dapat menulis ketidakadilan yang dilaluinya dalam catatan buku sejarah kaum wanita di dapur istana.

Jang Geum melalui beberapa peristiwa sebelum dia dapat masuk ke istana. Disebabkan ketabahan, bakat, keinginan untuk tahu, dan kerja yang keras, dia telah membantu Puan Han (kawan baik ibunya) untuk menjadi tukang masak utama dalam dapur istana. Dalam istana, Jang Geum telah melalui bermacam-macam cabaran dan sering dijauhkan diri oleh rakan setugas kerana dia lebih bijak dari perantis-perantis yang lain. Walaupun begitu, Jang-geum tidak berputus asa dan dia tekad untuk menjadi seorang yang mahir dalam bidangnya kerana dia percaya bahawa tujuan memasak adalah untuk membawa kebahagiaan dan kesihatan kepada orang yang akan memakan masakan tersebut. Malangnya, sebuah konspirasi yang diketuai oleh Puan Choi dan juga kemanakan perempuannya, Geum-yeong, telah mengakibatkan Jang Geum dan Puan Han dibuang negeri ke pulau Jeju. Semasa di pulau Jeju, Jang Geum bertemu dengan seorang wanita perubatan bernama Jang-deok. Kemahiran Jang-deok dalam bidang perubatan amat terserlah, dan dia sering dipanggil ke istana untuk berkhidmat tetapi Jang-deok menolak setiap tawaran yang dibuat oleh istana.

Jang Geum sedar hanya dengan mempelajari ilmu perubatan saja dapat dia pulang ke istana dan menuntut bela untuk ibunya dan Puan Han. Di bawah bimbingan Jang-deok, dia mempelajari ilmu perubatan...

SINOPSIS 2
Jang-geum/changjin (Lee Yong-ae) adalah anak perempuan kepada Seo Cheung-su (Park Chan-hwan) dan Madame Park (Kim Hye-seon). Ayah Jang-geum/changjin ialah bekas pegawai istana yang diturunkan pangkat dan dihalau keluar istana. Dia hidup bersembunyi sebagai rakyat kelas bawahan. Ibu Jang geum/Changjin pula ialah bekas seorang tukang masak istana yang selamat dari dihukum mati setelah difitnah Puan Choi membuat hubungan sulit dengan pengawal lelaki. Jang-geum/changjin hidup sebagai seorang anak yatim setelah kematian ibubapanya. Dia telah dipelihara sebagai anak angkat kepada sepasang suami isteri yang baik hati. Jang-geum/changjin bercita-cita untuk menjadi seorang tukang masak seperti ibunya. Wasiat ibunya sebelum meninggal dunia ialah supaya Jang-geum/changjin dapat mewarisi kepakarannya sebagai tukang masak istana tertinggi yang dihormati dan untuk mendapatkan kembali buku resepi yang disembunyikannya di dalam dapur istana.

Setelah berjaya masuk sebagai pelajar bahagian dapur istana, Jang-geum/changjin dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Lady Han seperti anaknya sendiri. Lady Han adalah sahabat karib kepada ibu Jang-geum/changjin. Jang-geum pula rapat dengan Liangshen dan JingYin. Namun setelah beberapa lama, kebijakkan Jang-geum/changjin dalam bidang masakan dan perubatan mula mencabar keupayaan JingYin dalam penyediaan masakan membuatkan timbulnya irihari dalam diri JingYin. Tambahan pula, Lady Choi sentiasa mempengaruhi JingYin untuk bersaing dengan Jang-geum/changjin kerana dia juga ingin mengalahkan Lady Han. Perasaan irihati JingYin terhadap Jang-geum/Changjin menjadi-jadi setelah mengetahui lelaki yang dicintainya dalam diam menaruh hati pada Jang-geum/changjin.

Atas jagaan Lady Han, Jang-geum/changjin berusaha untuk menjadi tukang masak yang terbaik di dalam istana. Malah masakannya pernah dipuji oleh permaisuri kerana kepakaran dan kebijakan yang ada padanya. Lady Choi berasa sangat cemburu dengan kejayaan Lady Han dan Jang-geum/changjin. Dia mula merancang konspirasi untuk membunuh Lady Han dan menghalau Jang-geum/changjin dari istana. Selepas dihalau dari istana, Jang-geum/changjin mula bekerja sebagai tukang gaji dalam pejabat kerajaan di pulau Jeju-do. Di dalam tempoh penghalauannya, Jang-geum/changjin mula belajar bidang perubatan secara sendiri. Berkat kepakaran dan kebijaksaannya, Jang-geum/changjin mula dikenali sebagai doktor wanita di kepulauan Jeju-do.

Setelah beberapa lama, Jang-geum/changjin kembali semula ke istana. Dia menjadi doktor di dalam istana, dan merupakan doktor wanita yang pertama dalam sejarah Korea untuk berkhidmat kepada raja. Raja mula jatuh hati kepada kebiksanaan dan kecantikkan Jang-geum/changjin, tetapi Jang-geum/changjin tidak dapat mencintai raja kerana dia sudah ada kekasih.

http://www.youtube.com/watch?v=Qx-ET0k89WI

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih lah memberi KOMEN..insyallah yg baik akan di jadi panduan