10 April 2012

JOM Semak Keputusan Exam anak-anak kita....

Pada para ibu bapa di luar sana....dulu mak kita nak tgok result periksa kita...mesti kena tunggu buku rekod kemajuan siap di tulis guru baru dapat tgok....masa tu lah kita nampak color MERAH or BIRU markah yang kita dapat...kadang-kadang bila dah banyak sangat MERAH kita nak tunjuk pun takut...BETUL tak?....jawabnya tak sampailah buku rekod tu kat mak ayah kita...perap dlm beg...bila rasa-rasa cikgu nak mintak...kita pun tirulah sign yg sebelum-sebelum ni....hehehe sapa pernah buat mcm tu...SILA ANGKAT TANGAN....ishhh cikgu lyn tak pernah buat mcm tu tau...kwn-kwn sekolah dulu pernah buat...so cikgu cerita dari pengalama je ni...

So ibu bapa sekelian...jangan risau skrg...kita jangan dok bising kat anak kita...tanya mana buku rekod kemajuan...sebab ibu bapa sekelian boleh chek terus ke dalam sistem peperiksan secara online...TAPI PERLU LINE INTERNET yek....so kat bawah ni cikgu akan tunjuk cara mcm mana nak masuk ke dalam sistem tersebut dan tengok terus apa hasil exam anak2 kita.....

So saya akan ajar langkah demi langkah untuk masuk ke sistem peperiksaan itu...

1.  Sila taip link http://saps.moe.gov.my/access-denied.php
     ( akan dapat paparan seperti di bawah...kalau lain dari di bawah..maka salah lah link yang di taip)

2.  Sila pilih butang yang berwarna hijau...khas untuk pada ibu bapa....
3.  Selepas klik...mesti dapat page seperti di bawah
4.  Sila masukan ic anak anda...tapi bila taip tak boleh masuk no ic, sila lah taip no sijil lahir anak anda ya...jangan panik pulak....
5.  Dah masuk no ic, baru pilih sekolah rendah or sekolah menengah
6.  Lepas tu pilih tahun peperiksaan yang kita nak tgok...
7.  Baru tekan butang SEMAK LAPORAN
8.  KALAU ada anak lebih seorang...so kena masuk kan setiap no ic mereka...dan follow lah step yang tadi yek....
9.  Bila dah masukan no ic akan keluar paparan seperti di bawah, NAMA SEKOLAH, NO KAD PENGENALAN, NAMA MURID, TAHUN/TINGKATAN, KELAS dan TAHUN PEPERIKSAAN
10.  Kemudian pilih keputusan peperiksaan yang ingin dilihat.

11.  Kemudian boleh pilih sama ada nak PAPAR SLIP KEPUTUSAN or PAPAR MARKAH PEPERIKSAAN....
ini bentuk papar slip keputusan....mcm slip peperiksaan UPSR, PMR or SPM rupanya
  
         ini bentuk papar markah peperiksaan...semua markah ujian dapat dilihat di sini...


12.  Dalam sistem ini akan tercatat jumlah kehadiran anak-anak ke sekolah, nama guru kelas dan macam-macam lagi....

So pada ibu bapa di luar sana boleh lah mula masuk ke sistem ini dah lihat lah sendiri...bukan apa...kerajaan telah menghabiskah duit yang banyak untuk menghasilkan sistem ini...so bila dah ada rugi pulak tak di gunakan....MAJULAH PENDIDIKAN UNTUK ANAK BANGSA

Pada semua guru sekolah yang telah bersusah payah memasukan markah ke dalam sistem ini...tahniah cikgu kerana telah menggunakan sistem ini dengan sebaik mungkin...semoga usaha kita di pandang BERAT oleh pada IBU BAPA di luar sana....


p/s: sila lah abaikan markah-markah yang dipaparkan di atas....bukan atas niat nak menujuk markah anak saya yang serba kekurangan itu...cuma nak tunjuk apa yang ada dalam sistem itu sebenarnya....

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih lah memberi KOMEN..insyallah yg baik akan di jadi panduan