This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

16 April 2012

MSSD Under 15....

Sekolah Chekgu Lynn jadi tuan rumah bagi kejohanan BOLA JARING peringkat MSSD....Hari perlawanan under 15 je...ada 42 buah sekolah yang terlibat...cuba bayangkan ada 42 sekolah n ada 10 pemain...perghhhh ramai gila kat padang tadi...

Games mula lewat tadi sepatutunya mula jam 8.30 pagi tapi lajak ke 9.30 sebab ada 4 sekolah yang tersesat nak cari sekolah Chekgu Lynn...almaklumlah sekolah GLAMOUR....pengetua SMKBS sudi untuk merasmikan perlawanan pertama hari ini...di just bunyikan air honk je....

So kita layan kan je lah beberapa keping gambar sepanjang perlawanan under 15 hari ni.....

 pendaftaran bermula

 gerai-gerai yang ada

 pasukan-pasukan yang dah dtg
 pbsm yang sedia membantu

tenaga kerja yang ada sepanjang kejohanan
 pengetua buat perasmian perlawanan secara ringkas

 perlawanan under 15

 apa lah yang di tujukan nizaruddin tu....

 Chekgu Lynn tak dapt tgok games sampai petang sebab kena ambik anak balik sekolah...dengar cerita palyer netball SMKBS berjaya untuk masuk ke psuingan separuh akhir kot....TAHNIAH...teruskan lagi usaha untuk masuk ke final pula....so esok games under 18 pulak...hope kejayaan sama dapat di buat HIDUP SUKAN UNTUK SMK BANDAR SUNWAY.....


DAY 2
Ni pasukan bawah 18 tahun lah pulak ya....


ha gmbr ni yang best sebab ni x-student chekgu...dulu dia player netball kebangsaan....tapi dah ada anak 2 kan so badan naik lah jugak...terkejut gaklah...dia boleh gelak lagi tu...intan oh intan




















wakil sekolah untuk pemilihan daerah under 18
wakil sekolah untuk pemilihan under 15

keputusan nya sekolah chekgu menang dua tempat walaupun bukan juara yek....

UNDER 15 TEMPAT KE-3 tuuuuuuuuuuuuuuuu
UNDER 18 TEMPAT KE-2......cayyyyyaaallllllahhhh

ucapan berbakul-bakul tahniah....ucapan bertimbun-timbun tahniah...ucapan berbanyak-banyak tahniah kepada guru pelatih  iaitu cikgu NURUL AIN, CIKGU NORLILAWATI & CIKGU RASIDAH....kerana telah berjaya mencungkil kembali bakat2 yang ada di sekolah dan menaik kan balik nama sekolah dalam arena BOLA JARING.....tahniah

Doa Lihat Cermin...

Jom Baca dan amalkan....nak print pun boleh tampal kat cermin



15 April 2012

Jom Kenali WANITA....


a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas


WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.


WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis


WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu


WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Korea Drama Again.....Feast of the Gods

  ini link nak tgok cerita di bawah....rugi sapa yang tak tgok





Jom layan drama ni...syiok n best sgt cita ni....kisah tentang perjuangan anak sebenar untuk mencari ibu kandung yang telah terpisah dengan cara tidak sengaja.....sedih ada geram pun ada....cerita banyak pun tak guna jom tgok n hayati sendiri....ini drama paling baru kat korea...so masih ada episod yg belum tayang kat sana so tak de dlam web ni yek so kena sabar....


pelakon utama dia...seorang yang tabah dah rajin berusaha...dia tak tahu orang yang banyak ajar dia masakan itu adalah mak kandung dia...cian kat dia...

ini pelakon-pelakon yang ada walau pun jia min ho tak de...cerita ni best ok je utk di tonton



JOM SESAPA ADA LINK CERITA DRAMA KOREA YANG ANDA RASA SYIOK UNTUK DI TONTON OLEH KAWAN-KAWAN YANG LAIN...LEH KOMEN AND TINGALKAN LINK DI BAWAH YEK....SAYA PEMINAT CERITA KOREA...

12 April 2012

Mana SILAP nya kita sebagai IBU BAPA

Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

 
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar

* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)

* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

                                                    

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
 
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
Image Detail 
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.
 
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.
 
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

10 April 2012

JOM Semak Keputusan Exam anak-anak kita....

Pada para ibu bapa di luar sana....dulu mak kita nak tgok result periksa kita...mesti kena tunggu buku rekod kemajuan siap di tulis guru baru dapat tgok....masa tu lah kita nampak color MERAH or BIRU markah yang kita dapat...kadang-kadang bila dah banyak sangat MERAH kita nak tunjuk pun takut...BETUL tak?....jawabnya tak sampailah buku rekod tu kat mak ayah kita...perap dlm beg...bila rasa-rasa cikgu nak mintak...kita pun tirulah sign yg sebelum-sebelum ni....hehehe sapa pernah buat mcm tu...SILA ANGKAT TANGAN....ishhh cikgu lyn tak pernah buat mcm tu tau...kwn-kwn sekolah dulu pernah buat...so cikgu cerita dari pengalama je ni...

So ibu bapa sekelian...jangan risau skrg...kita jangan dok bising kat anak kita...tanya mana buku rekod kemajuan...sebab ibu bapa sekelian boleh chek terus ke dalam sistem peperiksan secara online...TAPI PERLU LINE INTERNET yek....so kat bawah ni cikgu akan tunjuk cara mcm mana nak masuk ke dalam sistem tersebut dan tengok terus apa hasil exam anak2 kita.....

So saya akan ajar langkah demi langkah untuk masuk ke sistem peperiksaan itu...

1.  Sila taip link http://saps.moe.gov.my/access-denied.php
     ( akan dapat paparan seperti di bawah...kalau lain dari di bawah..maka salah lah link yang di taip)
2.  Sila pilih butang yang berwarna hijau...khas untuk pada ibu bapa....
3.  Selepas klik...mesti dapat page seperti di bawah
4.  Sila masukan ic anak anda...tapi bila taip tak boleh masuk no ic, sila lah taip no sijil lahir anak anda ya...jangan panik pulak....
5.  Dah masuk no ic, baru pilih sekolah rendah or sekolah menengah
6.  Lepas tu pilih tahun peperiksaan yang kita nak tgok...
7.  Baru tekan butang SEMAK LAPORAN
8.  KALAU ada anak lebih seorang...so kena masuk kan setiap no ic mereka...dan follow lah step yang tadi yek....
9.  Bila dah masukan no ic akan keluar paparan seperti di bawah, NAMA SEKOLAH, NO KAD PENGENALAN, NAMA MURID, TAHUN/TINGKATAN, KELAS dan TAHUN PEPERIKSAAN
10.  Kemudian pilih keputusan peperiksaan yang ingin dilihat.

11.  Kemudian boleh pilih sama ada nak PAPAR SLIP KEPUTUSAN or PAPAR MARKAH PEPERIKSAAN....
ini bentuk papar slip keputusan....mcm slip peperiksaan UPSR, PMR or SPM rupanya
  
         ini bentuk papar markah peperiksaan...semua markah ujian dapat dilihat di sini...


12.  Dalam sistem ini akan tercatat jumlah kehadiran anak-anak ke sekolah, nama guru kelas dan macam-macam lagi....

So pada ibu bapa di luar sana boleh lah mula masuk ke sistem ini dah lihat lah sendiri...bukan apa...kerajaan telah menghabiskah duit yang banyak untuk menghasilkan sistem ini...so bila dah ada rugi pulak tak di gunakan....MAJULAH PENDIDIKAN UNTUK ANAK BANGSA

Pada semua guru sekolah yang telah bersusah payah memasukan markah ke dalam sistem ini...tahniah cikgu kerana telah menggunakan sistem ini dengan sebaik mungkin...semoga usaha kita di pandang BERAT oleh pada IBU BAPA di luar sana....


p/s: sila lah abaikan markah-markah yang dipaparkan di atas....bukan atas niat nak menujuk markah anak saya yang serba kekurangan itu...cuma nak tunjuk apa yang ada dalam sistem itu sebenarnya....