This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

30 September 2011

Lambaian HAJI....

Ketika cerita ini di keluarkan bonda halimah telah pun sampai ke Madinah....alhamdulillah....

SELAMAT TINGGAL BULAN SYAWAL
.....................Kepada bakal haji bulan ini adalah bulan yang ditunggu....sebab skrg dah mula musim org g haji.....29 sep 2011 ada lah penerbangan pertama....seronok dgr org dapat buat haji ni....tak pe kita yg belum dapat pergi...doakan yg terbaik buat kawan-kawan yg dapat pergi....


bonda halimah...adik mu ini doakan bonda sihat n selamat di sana....

kak amalina (tudung coklat)...tuan badan menangis bila buat ucapan...alamklumlah nak pergi jauh n berjuang(amal ibadat)...apapun kak amalina semoga dapat pergi n pulang dengan selamat...

suhairezam(tudung unggu)....muda lagi dari lyn dah dapat panggilan haji...tahniah suhai...kak lyn doakan yang terbaik untuk suhai...jaga kesihatan...jaga baby tu...

Pada tarikh 30 sept...kami warga sekolah telah mengadakan jamuan dan bacaan doa selamat buat bakal-bakal haji di sekolah....ada 3 org guru yang akan mengerjakan haji tahun ni...iaitu bonda halimah...kak amalina...and..suhairezam....Bila tgok org pergi haji teringin nak buat haji...tapi pikir balik...dah sedia ke belum aku ni...ishh tunggu lah dulu...insyallah ada rezeki akan sampai juga masa itu...betul tak....

posing dulu sebelum org baca doa.....tq kerana memeriahkan majlis...

kak zaidad(tudung merah)=org yg ditugaskan order mkn....
kak ina(tudung pink) = org yg tgok cukup ke dak makanan tu....hehehe
kak aniza(tudung putih) = tukang buat air sirap bandung ais krim soda...sedap.....
masani(tudung kuning)=tukang bancu/godak air yg kak aniza buat...


sabar ya kengkwan...ramai lagi jemputan belum datang

paling kiri sekali ustazah najwa (tudung kuning)=tukang baca doa selamat hari ni......(kuih akak buat sedaplah...nak resepi)




nampaknya semua tetamu dah ada....


makanan pun dah ready....

senduk jangan tak senduk ya....kasi cukup semua org...


sedap ke kak ina...sampai tak perasan org ambik gmbr ni...



Bila bab makan-makan dan menjamu selera ni...semua org bagi kerjasama...semua hadirkan diri...bagus tu...nampak sangat ikatan ukuwah guru-guru islam kuat dan mesra di sekolah...kita patut anjurkan majlis mcm ni selalu lah...besht betul....

Apa pun kami guru-guru semua sentiasa mendoakan yang terbaik buat rakan-rakan yang akan menunaikan haji tahun ini.....jaga kesihatan...supaya dapat banyak buat amal ibadah....dan yang akhir sekali...semoga mendapat haji yang mabrur...AMIN.....

29 September 2011

Anda di kedudukan MANA?

KATA-KATA YG DIPETIK DARI PROFESOR UNGKU AZIZ


work work.....

Rajin bercakap, rajin bekerja = bagus sekali

Rajin bekerja, malas bercakap = kena buli

Malas bekerja, rajin cakap = wayang cina

Malas bekerja, malas bercakap = tak guna

Malas bekerja, suka mengadu = nyanyuk

Malas bekerja, selalu ponteng = baik berhenti

Malas bekerja, suka menyibuk = baik mati

so renung-renungkanlah....di mana kita sebenarnya?

28 September 2011

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Khas buat anak-anak murid ku yang akan menduduki peperiksaan PMR , SPM dan ujian di universiti or kolej-kolej di luar sana....

Susah ke nak menjadi pelajar cemerlang?....ramai yang kata susah....khas untuk anak-anak murid ku sayang...berikut adalah petua-petua...yang boleh kita ikuti selaku seorang pelajar....petua berikut terdapat di dalam al-quraan....insyallah dengan izin darinya...apa yang kita ingini akan terlaksana hendaknya....AMIN.....


1. Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
call for jannah
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

orang yg beriman akan percaya...bahawa kejayaan setiasa ada bersama kita...yang penting kita perlu rajin berusaha dan jangan sesekali putus asa....


2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
fokus
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa.
Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari.
Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.


3. Prioriti. Mengutamakan apa yang utama
What's important?
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk
melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.


4. Prihatin sesama kita
Taking care
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
We will stay forever
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

6. Jujur, amanah
Honest Lawyers DSC_4379
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah
"Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

7. Tepati waktu
The Passage of Time
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

27 September 2011

Mesyuarat JK Data Maklumat & Jamuan Raya JU EMIS

Pejam celik-pejam celik dah hujung bulan syawal...tapi sambutan raya tak jugak habis-habisnya....makan tak kenayang-kenyang nya....ishhhh...itulah nama manusia kan...selaji boleh makan...kita makan...heheheh...lepas ni kepada Gang JU yang berdiet boleh leh mula berdiet ya....banyak dah lemak tersimpan tu....


Hari ni ada Mesyuarat Jawatan Kuasa Data dan Maklumat daerah petaling perdana buat kali ke 4 untuk tahun 2011 ni...seminggu sebelum mesyuarat Big boss dah mula berpesan kita nak buat pot luck sikit hari ni....so semua JU dah mula berfikir nak bawa apa masa meeting.....kang penuh meja kalau semua org bawak makanan....HA KAN BETUL SEMUA JU BAWA MAKANAN.....confirm penuh meja...penuh perut nak makan...berikut menu yg dibawa oleh JU-JU sekelian....

azleen khamis(akulah tu): cake cokelat + apam polkadot (order je...tak sempat nak buat...alasan sebenarnya)
ahmad marzuki: nasi goreng + sambal ikan bilis (pedas tapi sedap)
nor azlinda:tepung bungkus (kuih tradisi...laki aku suka ni beb)
kak nik:shapred pie (org putih punya makanan...sedap dohhh)
kak mas: puding roti (permintaan big boss)
noor asilah : puding caremal + carrot cake (big boss jugak yang mintak)
siti azlina: mashmellow celup coklat (sedap jugak rasanya)
aladdin: mihun goreng
rozi: cake coklat blueberry

bosss dah mula bercakap...so semua diam ya....

PA bosss pulak bercakap.....baik...kami akan buat...hehehehe

abis part makan...terus kepada tujuan asal perjumpaan iaitu meeting...ha meeting kali ni best coz dapat kawan baru (JU baru) Haslina Yusof....cikgu smk ttdi jaya....tahniah...welcome to the group....pesanan lyn "bila mesyuarat kita org tak formal sangat...kita org ni gila-gila sikit...so jgn malu n segan nak join ya....belasah je"....

mesyuarat kali ni bincang tentang tarikh untuk berjumpa semua guru data daerah....kita org akan kumpulkan semua GDM untuk verifikasi data bulan OKTOBER....apa kebendanya verifikasi? ha...bahasa paling mudah...bengkel semak data sekolah jika ada salah boleh tolong betulkan....saling bantu membantu antara GDM dan JU data....

JU perempuan sibuk mencatat....dgr dgn penuh teliti...nanti verfikasi sure 100% tiada ralat

perbincangan boss dgn anak buahnya....strategi n planing

so pembahagian kumpulan dah...penetapan tarikh pun dah....so tinggal surat je yang akan dikeluarkan oleh big boss....insyallah verifikasi akan bermula dari 11-13 OKT ni....semua JU telah diterangkan mcm ner cara nak verfikasi pada tarikh bertugas nanti....kita org akan cuba meminimiz kan segala ralat yg ada ya BOSSSSSS.....
tgh tgok sekolah mana di jaga oleh JU-JU sekelian....

aku dok dgn ipad...melayan berita terkini hiburan sensasi...telinga dok dgr depa cakap...ya-ya...saya buat nanti boss jgn risau...

mkn tgh hari yg di sediakan oleh boss tersayang...kenyang kami hari ni....tq

cikgu pun reti beratur ambik makan tau...so murid-murid sila beratur ya....

agenda terakhir adalah makan tghari....kalau ikutkan dah tak larat nak mkn...tapi tgok lauk dia sedap sgt...so jamalah sikit...alas perut je.....tak abis makan kita bungkus....SELAMAT HARI RAYA YA KENGKAWAN....panjang umur n murah rezeki kita jumpa lagi dlm acara mcm ni di thn depan pulak....AMIN.....

jom layan gambar je lah yek....

senyum je semua....bergambar wajib....kerja tetap jalan....good job fernz


The head of the group JU EMIS PERDANA



JU Perempuan


JU Lelaki

* untuk fadzli,idris n arma...sorry pic tak de jgn kecik hati ya....